June 2012

Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Rendang Ayam Minang Sedap dan Tahan Lama



Ayam Minang

Bahan bahan:



  • 2 ekor ayam
  • 4 inci lengkuas ditumbuk
  • 2 inci kunyit hidup ditumbuk
  • 4 senduk cili kisar 
  • 4 kg santan 
  • Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
  • 2 keping asam keping 
  • Garam dan gula
  • Daun kunyit 
  • Sedikit kerisik 

Bahan ditumis
  • 1 kg bawang merah dihiris
  • 3 labu bawang putih dihiris
  • 4 inci halia dihiris
  • 4 batang serai dititik

Cara cara memasak Rendang Ayam Minang :


Panaskan minyak dan tumis bahan ditumis sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili garing.

Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair, Apabila ayam dah masak, imasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan. 

Masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak.

Taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api. 
, , ,

Ayam Masak Halia

Ayam Masak Halia

Bahan-Bahan

  • Dada ayam  
  • Sos tiram
  • 1 sudu teh lada hitam ditumbuk kasar
  • 1 inci halia dihiris nipis 
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 9 biji cili padi diketuk 
  • 1/2 lobak merah dipotong bulat
  • 1/4 lada benggala  dipotong kecil
  • Sedikit kicap
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan air
  • 1 biji tomato sederhana besarnya dipotong 6
  • 1/2 sudu kecil pati ayam
  • 1/2 cawan air
  • sedikit garam dan gula


Bahan dikisar
  • 3 ulas bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 


Cara Memasak Ayam Masak Halia


  1. Ayam  dipotong kecil dan digoreng. Perap dengan sos tiram, sedikit garam, sedikit serbuk lada hitam selama 20 minit. 
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan dikisar bersama halia sehingga naik bau.
  3. Masukan bawang besar, cili padi, lobak merah, dan lada benggala. Kacau sebati. Masukan sos cili, sos tiram, sos tomato, kicap, dan air. kacau seketika.
  4. Apabila sudah  mendidih masukan dada ayam yang telah digoreng dan kacau. 
  5. Masukan tepung jagung yang telah berbancuh dengan air. sesuaikan kepekatan dengan selera anda
  6. Masukan pati ayam, garam, gula, dan buah tomato. Kacau rata dan sesuaikan cita rasanya dengan selera anda. 
  7. Tutup api apabila dah masak.
, , ,

Rendang Ayam


Rendang Ayam

Bahan bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 2 kg santan 
  • 500g bawang merah dihiris
  • 2 labu bawang putih dihiris
  • 2 inci halia dihiris
  • 2 inci lengkuas ditumbuk
  • 1 inci kunyit hidup ditumbuk
  • 3 batang serai dititik
  • 2 senduk cili kisar 
  • Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
  • 1 keping asam keping 
  • Garam 
  • Gula
  • Sedikit kerisik 

Cara cara penyediaan Rendang Ayam :

  1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi. 
  2. Masukkan cili kisar, kunyit dan lengkuas . Tumis sehingga cili garing.
  3. Masukkan ayam, gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja. 
  4. Masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. 
  5. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak.  Tutup api.
, ,

Kacang Panjang Goreng Telur


Kacang Panjang Goreng Telur


Bahan bahan :

  • Kacang panjang dihiris
  • Udang 
  • 3 bawang merah dihiris
  • 2 bawang putih dihiris
  • 1 cili merah dihiris
  • 1/2 bawang besar
  • 1 biji telur dipukul sedikit
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan Kacang Panjang Goreng Telur :

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan udang dan goreng seketika.
  2. Masukkan kacang panjang dan goreng sehingga agak lembut.
  3. Tuangkan telur  dan kacau rata supaya bersalut dengan kacang.
  4. Masukkan cili hidup, bawang besar hiris dan garam. Angkat sebelum kacang terlampau layu
, ,