2013

Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Resepi Jem durian

Hari ni pi kebun, dapat banyak gak durian. Duk pikir la apa nak buat nie. nak simpan lama xsedap dah nanti. Last2 buat lah jem durian. Simpan lama pun xape. Xbasi.

Bahan-bahan:

  • 8 biji Durian
  • 1 cawan Gula
  • Sedikit Garam

Cara-cara membuat Resepi Jem durian:
  1. Kopek durian, ambil isi masuk dalam kuali. Sekali dengan biji. Kacau hingga semua isi hampir hilang dari bijinya. Masak dengan api perlahan.
  2. Masukkan Gula. Gaul hingga sebati. Biji durian yang dah terasing dari isi, bolehlah dikeluarkan satu persatu. 
  3. Masukkan garam secukup rasa. Kacau hingga benar2 pekat. Siap.
  4. Sedap dimakan bersama roti.

, , , ,

Resepi kuah laksam

Resepi kuah laksam
Bahan-bahan:
  • 1kg ikan selayang / kembung direbus dan ambil isinya sahaja
  • 1kg santan pekat
  • garam dan gula  
Bahan kisar:
  • 2in halia
  • 9 biji bawang merah
  • sedikit lada hitam

Cara-cara masak kuah laksam:
  1. Masukkan santan kedalam periuk bersama isi ikan, bahan kisar dan air. Masak menggunakan api perlahan.
  2. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tunggu sehingga masak. Kacau sekali-sekala.
  3.  Siap.

Ulam-ulaman (dipotong halus @ diracik)

  • Timun
  • Kacang panjang
* Satukan kedalam bekas dan gaul rata
 Sedap dimakan dengan belacan, asam limau dan cili boh
, , , ,

Resepi Ikan Haruan Asam Kukus

Resepi Ikan Haruan Asam Kukus
 Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan haruan
  •  air asam jawa
  • 3 sudu minyak jagung
  • 2 sudu kicap cair
  • 1 sudu serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil tepung jagung  dicampur sedikit air
  • 1 tangkai daun kesum
  • 1 batang bunga kantan dihiris
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar :
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm kunyit hidup
  • 1cm lengkuas
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sudu kecil lada hitam ditumbuk

Cara menyediakan  Ikan Haruan Asam Kukus:
  1. Gaul ikan bersama garam dan serbuk lada hitam. Perap selama 30 minit. Kemudian kukus sehingga masak. Ketepikan.
  2. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan air asam jawa, kicap, gula dan garam. Tunggu sehingga mendidih, masukkan tepung jagung, daun kesum dan bunga kantan. Kacau hingga pekat.
  3. Apabila sudah masak, tuang di atas ikan kukus tadi. Siap
,

Kek Batik Coklat

Kek Batik Coklat
Bahan-bahan:

  • 250g milo
  • 300g butter
  • 3 sudu serbuk koko
  • 1 tin susu pekat manis
  • biskut meri secukupnya
Cara-cara membuat  Kek Batik Coklat:
  1. Cairkan marjerin dalam kuali. Masukkan milo dan susu sedikit demi sedikit. Kacau hingga semua bahan sebati.
  2. Masukkan serbuk koko. Kacau hingga tiada yang berketul lagi.
  3. Tunggu sehingga sedikit berkerak dan padamkan api.
  4. Susun biskut meri di dalam loyang, tuang adunan coklat tadi. Susun lagi biskut meri dan lapiskan dengan adunan coklat. Ulang langkah ini hingga seberapa tinggi anda mahukan.
  5. Simpan didalam peti ais supaya cepat keras.
  6. Siap untuk dipotong dan dihidangkan. Kek Batik Coklat sedia dimakan
, , , , , , ,

Pulut Kelapa Manis

Pulut Kelapa Manis
Bahan -bahan:
  • 2 cawan pulut 
  • 3 sudu santan pekat
  • Garam
  • 4 sudu  gula pasir
  • 6 sudu gula merah
  • 1/2 cawan air 
  • 1 biji kelapa muda parut

Cara- cara  membuat Pulut Kelapa Manis:
  1. Rendam beras pulut semalaman. Toskan. Gaul beras pulut bersama santan dan sedikit garam.
  2. Kukus hingga masak. Sejukkan.
  3. Untuk inti kelapa manis, masukkan gula pasir, gula merah dan air ke dalam kuali. Masak hingga gula hancur. 
  4. Masukkan kelapa parut dan gaul hingga semua sebati. Kacau hingga agak kering. Biarkan ia sejuk.
  5. Siap untuk dimakan bersama pulut. Letak kelapa manis di atas pulut.
  6. Selamat menjamu selera..
, ,

Resepi Tart Nenas Gulung

 Tart Nenas

Bahan-bahan:

  • 1 ketul buttercup
  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1/4 tin kecil ghee
  • 2 biji kuning telur
  • 1/4 tin susu pekat manis
  • sedikit pewarna kuning
Inti Nenas:
  • 1 biji nenas
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Gula secukupnye (bergantung kepada manis nenas)
  • sedikit pewarna kuning

Cara penyediaan inti tart nenas:
  1. Blender nenas.
  2. Masukkan nenas yg telah diblender bersama-sama airnye,kulit kayu manis,pewarna kuning dan gula kedalam periuk.Kacau sehingga pekat dan boleh gentel.Air dimasak sekali supaya tidak hilang rasa masam manis nenas tadi.
Hiasan:
  • 1 biji telur

Cara sediakan biskut Tart Nenas Gulung:

  1. Pukul butter,ghee & susu hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur & pukul rata.
  3. Masukkan tepung gandum dan pewarna.
  4. Masukkan inti nenas kemudian bentukkan.
  5. Akhir sekali bakar.
, , , ,

Ikan Siakap Masak 3 rasa

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 5 biji cili kering (nk pedas tambah lg)
  • 5 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • sedikit halia
  • sedikit perencah tomyam
  • sedikit belacan
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 batang serai
  • 1 sudu sos tiram
  • 4 sudu sos cili
  • sedikit kicap
Untuk kuah - potong dadu
  • 1 batang lobak merah
  • 1/2 biji nenas
  • 2 biji tomato
  • 1/2 biji cili benggala
  • 1 biji bawang besar

Cara Penyediaan Siakap 3 rasa:

  1. Goreng ikan sehingga masak.
  2. Blender bawang merah,bawang putih,halia& belacan.Ketuk serai.
  3. Tumis bahan blender hingga naik bau.Masukkan sedikit sos tiram.Masukkan serai yg telah diketuk.
  4. Bila masak masukkan  air,sos cili,sedikit kicap  bersama-sama bahan kuah kecuali bawang besar & tomato.Bila dah layu sikit baru masuk bawang besar bersama-sama tomato.
  5. Masukkan daun limau purut,garam secukup rasa.
  6. Masukkan ikan bila dah pekat sikit & angkat.
  7. Sedia untuk dihidang.

, , , , , , , ,

Ikan Goreng Berlada - Resepi Pantai Timur

Ikan Goreng Berlada

Bahan-bahan:

  • 5 ekor ikan sardin / kembung @ ikan tongkol
  • 3 sudu cili boh
  • 3 sudu bawang merah dikisar
  • garam secukup rasa
  • minyak

Cara-cara masak Ikan Goreng Berlada

  1. Gaul cili bersama bawang merah dan garam secukup rasa.
  2. Leser bahan tersebut pada ikan. Biarkan seketika supaya rempah sebati dengan ikan.
  3. Goreng dengan minyak panas. Siap. Boleh dimakan bersama nasi putih.

*xpernah pula jumpa masakan nie kat utara. Goreng kunyit ada la...
, , ,

Ikan Tongkol Goreng Lada Hitam

Bahan-Bahan:
  • 5 keping ikan tongkol
  • serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • minyak masak 
  • 3 batang kacang panjang dipotong pendek
  • 1 1/2 sudu lada hitam ditumbuk kasar
  • 1 tangkai cili merah dipotong serong
  • 1 tangkai cili hijau dipotong serong
  • 2 biji tomato  dibelah 4 
  • Daun sup dihiris halus
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat

Bahan Hiris:

  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan Sos:

  • 3 sudu kicap pekat manis
  • 3 sudu sos lada hitam
  • 1 cawan air
  • Garam

Cara-cara memasak Ikan Tongkol:

  1. Gaul ikan bersama kunyit dan garam, biarkan seketika. Kemudian goreng. Angkat. Ketepikan. 
  2. Tumis bahan hiris hingga layu. Gunakan minyak menggoreng tadi. Masukkan bahan untuk sos. Gaul rata.
  3. Masukkan kacang panjang, lada hitam dan cili. Gaul hingga rata dan sedikit layu. Masukkan ikan.
  4. Apabila dah sebati, masukkan bawang besar dan tomato. Rasa masam manis dia. Kalau perlu tambah sedikit garam@gula.
  5. Tabur daun sup apabila dihidangkan.
, , , , , , ,

Roti Manis

Roti Manis
Bahan-bahan:
  • 5 cawan Tepung
  • 2 sudu Susu tepung
  • 3/4 cawan Gula
  • 1 sdu kecil Garam
  • 2 sudu Majerin
  • 11g Yis
  • 2 bijiTelur
  • 1 cawan Air suam
Cara-cara membuat Roti Manis:
  1. Gaul tepung bersama susu tepung, gula garam dan marjerin hingga menjadi serbuk roti. Buat lubang, masukkan yis dan air suam sedikit demi sedikit. Masukkan telur.
  2. Uli selama 15 minit. Bentukkan menjadi bulat dan sapukan sedikit marjerin disekelilingnya. Biarkan selama 1jam @ doh menjadi sekali ganda.
  3. Tumbuk doh untuk membuang angin didalamnya. Bentukkan bulat dan susun didalam loyang
  4. Tunggu lagi sampai doh naik.
  5. Pukul telur bersama air dan sapu ditas roti. Bakar dalam oven dengan suhu 170 C selama 15 minit@ kekuningan. Apabila sudah masak, keluarkan dan sapukan planta di atas roti @ boleh juga ditabur gula.
, , ,

Ayam masak Merah + Madu


Ayam masak Merah + Madu
Bahan-bahan:
  • 500g ayam
  • minyak masak
  • 2 sudu cili sos
  • 3 sudu madu
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 biji cili merah dihiris serong
  • 1 labu bawang besar dihiris bulat
  • Garam secukup rasa
  • Air 
Bahan Kisar halus:
  • 5 tangkai cili kering
  • 6 ulas bawang merah
  • 1/2 labu bawang besar
  • sedikit halia
  • 2 ulas bawang putih

Cara-cara penyediaan 
Ayam masak Merah + Madu:
  1. Gaul ayam bersama kunyit dan garam. Perap seketika. Kemudian goreng separuh masak. Ketepikan
  2. Tumis bahan kisar hingga naik minyak. Masukkan sos cili, madu dan sedikit air. Tunggu sehingga mendidih.
  3. Masukkan ayam goreng tadi, serbuk lada hitam,bawang dan cili. Gaul bagi rata.
  4. Pekat mana nak tu, ikut selera lah. Kalau perlu tambah sedikit air. Siap.
, , , , , , , , ,

Pau kukus simple

 Resepi yang ingin dikongsi hari ini Pau kukus simple


Bahan-bahan:
  •     3 sudu minyak masak
  •     2 cawan tepung gandum
  •     2 sudu yis mauripan
  •     2 sudu susu pekat manis
  •     1 sudu gula
  •     1/2 cawan air suam
  •     sedikit garam

Cara-cara membuat  Pau kukus:

  1.  Masukkan yis, air suam dan gula  kedalam satu  bekas. Kacau dan biarkan 10 minit sehingga berbuih.Ketepikan.
  2. Gunakan bekas lain masukkan tepung gandum, susu pekat minyak masak dan sedikit garam. kacau seketika.
  3. Masukkan campuran yis tadi. Uli hingga menjadi doh, kemudian bentukkkan bulat.
  4. Biarkan hingga doh naik. Tutup dengan plastik.
  5. Leperkan doh, masukkan inti. Biarkan dia mengembang lagi.
  6. Kukus pau tersebut selama 10 minit. Siap.
, , , , ,

Laksam Ganu

Laksam Ganu

Bahan-bahan:

  • 6 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 8 cawan air suam

Cara-cara masak Laksam Ganu:

  1. Campur dan kacau semua bahan hingga sebati.
  2. Lenserkan minyak pada tudung periuk.
  3. Tuang tepung ke atas tudung periuk dan kukus selama 4 minit.
  4. Bila dah masak, angkat dan gulung laksam tersebut
Resepi Kuah Laksam...
, , ,

Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan-bahan: 
  • 1 mangkuk ikan bilis 
  • 2 labu bawang besar dihiris 
  • Air secukupnya
  • Sedikit air asam jawa 
  • Garam dan gula secukup rasa 
  • Minyak masak
Bahan dikisar
  • 15 tangkai cili kering 
  • 7 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih

Cara penyediaan Sambal Tumis Ikan Bilis 
  1. Goreng ikan bilis sehingga garing, toskan, Ketepikan.
  2. Guna minyak tersebut untuk menumis. Masukkan bawang merah dan bawang putih, tumis hingga naik bau. Masukkan cili dan masak sehingga pecah minyak.
  3.  Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
  4. Jika perlu tambah sedikit air. Tumis sehingga mendidih, masukkan ikan bilis goreng tadi.
  5. Masukkan bawang besar dan kacau hingga bawang layu. Kepekatan kuah boleh ikut citarasa yang nak makan tu.
  6. Ulaman yang boleh dihidang bersama seperti kacang goreng, hirisan timun dan telur rebus.
  7. Siap untuk dihidang 
, , , ,

Nasi Lemak Kukus

Nasi Lemak Kukus
 Nasi Lemak Kukus

Bahan-bahan: 

  • 5 cawan beras
  • Santan pekat
  • 3 helai daun pandan 
  • 1 inci halia  dihiris 
  • Garam secukup rasa 

Cara penyediaan Nasi Lemak Kukus

  1.  Gaul santan bersama garam secukup rasa dan halia. Ketepikan.
  2. Rendam beras yang siap dicuci selama 2 jam. Kemudian kukus beras tersebut hingga separuh masak.
  3. Angkat beras dan rendam didalam air hingga air itu sejuk.
  4. Kukus sekali lagi selama 10 minit.
  5. Keluarkan beras dan gaul bersama santan tadi. Biarkan 10 minit supaya santan menyerap ke dalam beras.
  6. Kukus sekali lagi bersama daun pandan hingga masak. Nasi jadi sebijik2, kurang melekat.
  7. Siap. Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis klik DISINI.
** Alas daun pisang semasa mengukus.
, , , , , , ,

Pecal

Bahan-bahan:
  • 4 rantai kacang panjang
  • 1/2 biji timun
  • 1 keping tauhu
  • 1/4 biji sengkuang
  • 1 biji telur rebus
  • 4 pokok kangkung
Bahan untuk kuah:
  • 1/2 cawan kacang tanah
  • 10 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan
  • 1 camca teh asam jawa
  • 2 cawan besar gula
  • 1 biji cili merah
Cara penyediaannya:
  1. Gorong bawang,cili,belacan,bawang merah & bawang putih. Biar layu sedikit.
  2. Goreng kacang tanah.
  3. Tumbuk bahan gorengan tadi kecuali kacang.Kacang blender tapi jangan hancur sangat.
  4. Gaul sebati dan masukkan belacan,asam jawa & gula.Tuang air mendidih.
  5. Basuh dan potong sayur.Kacang panjang,kangkung dan taugeh celur.
  6. Tauhu digoreng.
,

Nasi Ayam mudah

Nasi Ayam mudah
Bahan-bahan:

  • 3 cawan beras
  • 2 kiub stok ayam
  • 5 ketul ayam 
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 helai daun pandan
  • 1 sudu mentega
  • sedikit halia
  • Garam 

Bahan Ulam:
  • 2 biji buah tomato
  • 1 batang timun batang

Cara-cara membuat 
Nasi Ayam :
  1. Cincang ayam menjadi ketulan halus kemudian gaul dengan garam. Biarkan seketika.
  2. Masukkan semua bahan kedalam periuk nasi elektrik dan biarkan sampai masak. 
  3. Biasanya butang "COOK" perlu ditekan 2x sebelum semua bahan benar2 masak.
  4.  Setelah masak, bolehlah dimakan bersama sos cili, buah tomato dan timun batang.
  5. Timun dan tomato potong bulat2.
, , , ,

Puding karamel butterscotch

Puding karamel butterscotch

Bahan-bahan:
  • 4 sudu gula
  • 2 sudu  air panas
  • 4 biji telur
  • 3 keping roti butterscotch
  • 1 tin susu cair
  • 250ml air
  • 3 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh  butterscotch essence

Cara-cara menyediakan Puding karamel: 
  1. Masak gula bersama air panas hingga menjadi gula hangus@karamel. Tuang ke dalam loyang. Biarkan.
  2. Carik2kan roti, kemudian kisar roti tersebut bersama susu cair hingga halus. Kemudian tuang ke dalam satu mangkuk. 
  3. Pecahkan telur dan kacau bagi sebati dalam satu bekas lain. Tapis ke dalam adunan tadi.
  4. Masukkan air, susu pekat dan butterscotch essense  dan kacau hingga sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang karamel tadi.
  6. Kukus selama 30minit@ hingga masak.
  7. Apabila dah masak, biarkan ia sejuk seketika. Terbalikkan kedalam pinggan.
  8. Simpan dalam peti ais..


, , ,

Aiskrim with whipping krim


Bahan-bahan:
  • 300 grm whiping krim
  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 1sudu teh esen vanilla.
 Cara Membuat Aiskrim with whipping krim:
  1. Putar semua bahan sampai kembang. Bahagikan kpd 3 adunan.
  2. Letak perisa apa2 yg anda suka.
  3. Simpan dalam peti ais sehingga beku. Dalam 1hari la.
*Resepi ini dari pakar masakan Cg Rita

Biskut Almond London

 Biskut Almond London

Bahan-bahan:

  • 1 pek buttercup
  • 110 g gula aising
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 300 g tepung gandum (diayak)
  • 180 g tepung jagung (diayak)
  • 40 g serbuk badam
  • 200 g badam bakar (bakar dengan api kecil)
  • mangkuk kertas
Bahan Hiasan:
  • 400 g coklat masakan
  • 60 g badam cincang
  • 1 sudu lemak sayuran/ buttercup

Cara penyediaan Biskut Almond London:

  1. Pukul buttercup,gula aising,telur dan esen vanila hingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung serta serbuk badam.Uli perlahan-lahan menjadi doh yang lembut.
  3. Ambil sedikit adunan, isikan ditengah-tengah dengan badam bakar dan bulatkan. Atur dalam tin pembakar.
  4. Bakar pada suhu 180 C selama 20 minit atau hingga masak.Biar sejuk.
  5. Untuk hiasan. Cairkan coklat masakan dan lemak sayuran/buttercup dalam periuk. Buat double boil.
  6. Letak biskut dalam mangkuk kertas.Sudukan sedikait coklat dan tabur badam.

, , , ,

Resepi Sup ikan Haruan

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan haruan
  • 2 cawan air
  • 2 sudu minyak jagung
  • 1 sudu lada hitam
  • 1 keping asam keping
Bahan  A ditumbuk
  • 3 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 2 cm halia  

Bahan B
  • Daun bawang
  • Daun Sup
  •  Garam 
Cara menyediakan Sup ikan Haruan:
  1. Potong dan bersihkan ikan dengan air asam jawa bagi menghilangkan bau hanyir.
  2. Panaskan minyak jagung, Kemudian tumis bahan A hingga naik bau. Masukkan air. 
  3. Apabila dah mendidih, masukkan bahan lain. Kacau dan biarkan seketika.
  4. Apabila sudah masak masukkan bahan B. kacau seketika. Siap.



, , , , , , ,

Tonton filem boleh membakar kalori


Satu kajian yang dibuat di London membuktikan menonton sebuah filem boleh membakar sehingga 200 kalori. Kajian dibuat menumpukan kepada penggunaan tenaga ketika menonton.

Hasil yang diperolehi ialah denyutan nadi penonton meningkat lebih laju dan menghasilkan adrelin. Proses ini meningkatkan pembakaran kalori sebanyak 30%.

Nasi Ayam

Nasi Ayam

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras basmathi
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • garam secukupnya
  • 2 cawan air rebusan ayam

Cara penyediaan Nasi Ayam:

  1. Beras dicuci kemudian ditoskan.
  2. Bawang besar dihiris.
  3. Bawang putih dan halia ditumbuk.
  4. Masukkan minyak sapi. Tumis bawang besar dan bahan2 yang ditumbuk tadi.
  5. Bila dah garing, tuang air rebusan ayam, masukkan garam.
  6. Apabila dah mendidih, masukkan beras.
Cili Sos
  • 4 biji cili merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 camca besar gula
  • 1 camca besar cuka
Cara-cara:
Blender cili merah dan bawang putih.Campur dengan bahan2 lain.Kacau hingga sebati.

Bahan Ayam Goreng
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih - digiling
  • 4 ulas bawang merah - digiling
  • sedikit kicap
Cara penyediaannya:
  1. Ayam dibersihkan dan dipotong dua.
  2. Perap ayam dengan separuh bahan giling selama 15 minit.
  3. Tuangkan air ke dalam periuk dan rebuskan ayam. (guna air rebusan untuk masak nasi.Selebihnya untuk buat sup)
  4. Rebuskan ayam hingga masak,keluarkan.Kemudian lumurkan ayam dengan bahan giling & kicap.
  5. Goreng ayam
Bahan Sup
  • 1 camca teh jintan manis
  • 1 camca teh jintan putih
  • 1 camca teh lada hitam
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
Cara
  1. Semua bahan diblender dan ambik air shj.
  2. Ambil air rebusan ayam tadi,kemudian masukkan bahan2 yang diblender dan ditapis ke dalam air rebusan dan masukkan garam secukup rasa.
  3. Apabila mendidih.sedia untuk dihidang.


, , , ,

Nasi Arab

Nasi Arab
Nasi Arab

Bahan-bahan:

Penyediaan Stok Tulang
  • 1 1/2 kg tulang lembu yg ada daging
  • 15 biji buah pelaga
  • 15 kuntum bunga cengkeh
  • 15 biji lada hitam
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 3 helai bay leaves
  • 1 inci halia (dihiris)


Penyediaan Nasi Arab
  • 3 cawan beras basmathi
  • 3-4 cawan stok tulang
  • 2 sudu minyak sapi
  • 1 labu bawang besar
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkeh
  • 5 biji lada hitam
  • sedikit biji gajus (ikut citarasa)
  • sedikit garam
Penyediaan Salata Hara
  • 2 biji tomato
  • 2 cili merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • sedikit daun ketumbar
  • limau nipis
  • sedikit garam
  • sedikit gula

Cara Penyediaan Nasi Arab:

  1. Rebus tulang hingga empuk bersama bahan-bahan penyediaan untuk stok tulang seperti diatas. Jika perlu masukkan sedikit daging.Tapis, ambil stok dan tulang.
  2. Untuk masak nasi. Tumis bawang besar bersama minyak sapi hingga garing. Masukkan rempah ratus, stok tulang, garam dan beras basmathi. Masukkan tulang dan daging.
  3. Untuk salata hara.Kisar kesemua bahan kecuali garam, gula dan limau nipis. Kisar tanpa air. Bila hancur masukkan gula dan garam secukupnya bersama perahan limau nipis.
  4. Hidang nasi bersama salata hara, telur masin, acar timun.
, , ,

11 Resepi ibu berpantang

Secara umumnya, wanita di dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan laut seperti  sotong, udang, dan ketam kerana boleh menyebabkan kegatalan pada luka. Mengelak dari memakan makanan tersebut adalah pilihan yang perlu dibuat oleh para ibu.
 

Ibu dalam berpantang perlulah makan ikan dari jenis bersisik seperti ikan siakap, bawal putih, bawal hitam, gelama dan tenggiri. Ikan haruan baik untuk mempercepatkan penyembuhan luka.

Telur adalah tidak baik untuk ibu berpantang kerana boleh menyebabkan luka lambat sembuh atau mungkin bernanah.

Antara sayuran yang tidak digalakkan bagi ibu berpantang antaranya tebu, kobis, buah anggur dan air kelapa. Makanan ini boleh menyebabkan tubuh sejuk@berangin.


Antara menu yang boleh menjadi pilihan bagi mereka yang buntu memikirkan sesuatu yang lazat dan berkhasiat untuk ibu adalah seperti berikut:-
  • Resepi Sup Ikan Haruan
  • Resepi Ikan Haruan Asam Kukus   
  • Resepi Ayam Masak Bijan
  • Resepi Ayam Kukus Bercuka
  • Resepi Ikan siakap Panggang
  • Resepi Daging Lada Hitam
  • Resepi Tumis Sawi Putih
  • Resepi Rebusan Pegaga 
  • ResepiRebusan Manjakani
  • Resepi Jus Halia Kurma
  • Resepi Halwa Halia