April 2013

Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Laksa Kuah Putih - Made in Terengganu

Laksa Kuah Putih

Laksa Kuah Putih

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus laksa beras
  • Santan 1 biji kelapa
  • lada lumat
  • asam limau
  • belacan
  • garam
Bahan kisar
  • 6 ekor ikan selayang – dikukus ambil isi
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • sedikit lada hitam
Bahan Ulam
  • timun
  • kacang panjang dipotong kecil-kecil

Cara-cara membuat  Laksa Kuah Putih :

  1. Rebus laksa sehingga  lembut, toskan. Ketepikan
  2. Masukan santan ke dalam periuk
  3. Masukan bahan kisar ke dalam santan dan masak jangan sampai pecah minyak.
  4. Masukan garam secukup rasa.Siap untuk kuah
  5. Hidangkan bersama belacan, cili boh, garam, limau nipis dan ulam
, , , ,

Puding Pelangi Gula Hangus

Puding Pelangi Gula Hangus

Bahan gula hangus:
  • 300g gula
  • Air secukupnya

Bahan puding:
  • 300g agar-agar
  • 850ml air
  • 200g gula
  • Sedikit garam
  • 50g tepung jagung
  • 1 sudu vanila
  • 1 tin susu cair
  • Pewarna ikut cita rasa


Cara membuat Puding Gula Hangus :

  1. Panaskan gula hingga keperang-perangan. Apabila gula larut masukkan air. Padamkan api. Biarkan sejuk. Ketepikan.
  2. Rebus agar-agar hingga larut.
  3. Masukkan gula, garam dan kacau. Ketepikan.
  4. Bancuh tepung jagung bersama air. Masukkan ke dalam adunan agar-agar tadi.
  5. Kacau hingga berkilat dan jernih.
  6. Masukkan vanila dan susu cair. Kacau lagi.
  7. Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna yang anda suka.
  8. Masukkan sedikit gula hangus ke dalam acuan. Kacau lagi.
  9. Tuang ke dalam acuan mengikut warna secara bergilir-gilir.
  10. Simpan ke dalam peti sejuk. Potong dan hidangkan.
  11. Makan bersama gula hangus.
, , ,

Makanan Tradisional di Malaysia

Untuk memenuhi permintaan mereka yang ingin admin masukkan artikel berkaitan Makanan Tradisional di Malaysia. Admin pun usahalah dengan bantuan uncle Google. Mungkin orang luar ingin mengetahui apa yang special makanan kat Malaysia nie. Glamour juga blog ini ek....hihihi..jange marah. Harap orang puji, orang xnk puji...

Ok la dah panjang melalut nie.. Back to main topic!!!!!



Memandangkan Malaysia terdiri dari 3 kaum utama, BanglaSia and MyammarSia xtermasuk lah. Depa tu macam mana tah la boleh jadi rakyat 1Malaysia nie. Biasanya makanan tradisional lebih jelas kelihatan ketika menyambut hari perayaan.  Jadi admin boleh kategorikan dari segi kaum seperti:-

Makanan Tradisional Kaum Melayu



Antara juadah utama kaum melayu ketika menyambut Hari Perayaan ialah Ketupat, Lemang,sate dan nasi impit.

Makanan ini akan dimakan bersama rendang,kari atau serunding yang mana bahan asasnya ialah samada daging lembu,daging kambing,ayam atau kerang dimasak dengan rempah ratus untuk dijadikan rendang,kari ataupun serunding.



Selain makanan utama, terdapat pelbagai kuih muih tradisional yang popular di Malaysia ini seperti kuih bahulu, batang buruk, kuih karas, kuih siput, dan lain-lain lagi. Kalau xpercaya cuba pergi ke Pasar Kedai Payang @ Pasar Siti Khatijah @ Pekan Rabu, mesti ada jual kuih macam ni.

Walaubagaimanapun kebanyakan kuih-kuih tradisional ini telah digantikan dengan kuih-kuih moden yang jauh lebih enak dan mudah untuk disediakan.Kuih-kuih tradisional ini ada yang disediakan dengan kaedah membakar dan menggoreng.


Sajian warisan kaum Melayu dari jenis manisan pula ialah wajik dan dodol. Biasanya dibuat ketika menyambut majlis tertentu seperti Berkhatan, pertunangan, hari raya @ sebarang majlis kesyukuran. Wajik dibuat dari beras pulut yang telah ditanak dikacau dengan gula merah dan santan manakala dodol pula dibuat dari tepung pulut,santan dan gula yang dikacau berjam-jam diatas api sehingga pekat. Baca Lagi...

Makanan Tradisional Kaum Cina dan Makanan Tradisional Kaum India akan menyusul nanti.
, , ,

Ayam Masak Merah Satu Kampung

Resepi orang utara

Ayam Masak Merah


Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam
  • 1 inci kulit kayu manis
  • I/2 cawan sos cili
  • Kunyit
  • Garam dan gula merah/kasar secukup rasa


Bahan dikisar:
  • 3 biji bawang merah
  • 2 labu bawang besar
  •  15 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia


Cara - cara membuat Ayam Masak Merah :

  1. Gaul ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, biarkan seketika. Kemudian goreng separuh masak
  2. Tumis bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis sehingga naik minyak. Masukkan sos cili
  3. Air boleh ditambah mengikut citarasa. Tengoklah nak pekat setakat mane.
  4.  Masukkan garam dan gula. Kalau masukkan gula merah, ia akan memberi rasa yang sedikit berbeza berbanding dengan gula putih.
  5. Bila sudah  mendidih, masukkan ayam yang digoreng tadi dan masak hingga ayam  masak sepenuhnya.
  6. Siap untuk dijamu.


, , , , , ,

Sira Pisang

Sira Pisang
Sira pisang

Bahan-bahan 

  • 7 biji pisang nangka - dipotong 4
  • 500ml air
  • 4 sudu  gula
  • 1 biji telur
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara  memasak Sira Pisang 

  1. Masukkan pisang ke dalam periuk beserta air, gula dan daun pandan.
  2. Biarkan hingga mendidih.  Masukkan telur apabila pisang sudah lembut dan biarkan mendidih seketika.
  3. Jgn masak terlalu lama nanti pisang jadi terlalu lembik. Bila dah sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais. Sira pisang sedia dimakan.

  1. * Dessert ni sangat sedap dimakan ketika berbuka puasa.
, ,

Nasi Kerabu


Bahan-bahan untuk nasi kerabu :(sukatan & olahan  cara rohaisha)


  • 1 genggam penuh bunga telang  |  rendam dalam air secukupnya
  • 2 1/2 cawan beras
  • 3 1/2 cawan air rendaman bunga telang (sukatan ikut jenis beras)
  • 5 helai daun limau purut | koyak2 sedikit
  • 1 batang serai | titik


Cara memasak Nasi Kerabu :


  1. Ramas dan rendamkan bunga telang dalam air secukupnya.Ketepikan.
  2. Cuci beras dan rendam seketika.Toskan beras dan masak nasi seperti biasa dengan memasukkan air bunga telang bersama serai dan daun limau purut dalam periuk.Kacau rata.
  3. Tanak hingga nasi masak.
**Boleh juga titikkan pewarna biru jika tidak menggunakan bunga telang.

Kuah Tumis:

  • Santan pekat (saya guna 1 cawan)
  • 7 ulas bawang merah* | (*) kisar
  • 1/2 labu bawang putih*
  • 3 labu bawang besar*
  • 15 tangkai cili kering*
  • 1 cm halia*
  • 1 batang serai | ketuk
  • 1 keping asam keping
  • 2 sudu besar gula
  • Sedikit gula melaka
  • 2 sudu besar budu
  • Garam (kena rasa masin dulu)

Cara:

  1. Blend semua bahan bertanda (*) kecuali serai diketuk.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi.Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
  2. Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.Masukkan asam keping, budu dan gula.Jika menggunakan budu dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam.Masak sehingga pecah minyak.

Nota Kak Azie:Kuah tumis biar ada rasa masin sedikit.Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat.Kalau makan pagi disediakan sebelah malamnya.

Sambal kelapa:

  • 1 ekor ikan kembung | yg telah direbus dan ambik isi
  • 1/2 biji kelapa | goreng (sangai)
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 batang serai
  • Garam
  • Gula

Cara:

  1. Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.
  2. Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.
  3. Tumbuk lagi sekali.Masukkan garam dan gula.

Ulam-ulaman:

  • Kacang panjang
  • Kubis
  • Timun (tak letak)
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Bawang besar (tak letak)
  • Kacang botol (tak letak)
  • Taugeh

Cara:

  1. Hiris halus kesemua ulaman.

Sambal Cili:

  • Cili padi | tumbuk
  • Cuka
  • Garam
  • Gula

Lauk Pauk:(pilihan)

  • Telur masin
  • Ikan rebus goreng celup tepung
  • Daging bakar
  • daging goreng @ ayam goreng
  • Keropok @ keropok lekor
  • Solok lada
  • Bawang putih jeruk
  • Atau apa2 aja yang disukai

Cara menghidang:

  1. letakkan nasi dalam pinggan.Masukkan ulam-ulaman diikuti sambal kelapa.
  2. Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.
  3. Akhir sekali letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.
  4. Jika suka letakkan pula sayuran seprti solok lada, bawang putih jeruk dll.
, , , , , ,

Tom Yam Campur


Tom Yam Campur
Tom Yam Campur

Bahan-bahannya:

  • 1/2kg ayam dipotong kecil
  • 1 labu bawag besar  dipotong semi bulatan
  • 3 ulas Bawang putih diketuk
  • Sepeket perencah tom yam 
  • 1 inci lengkuas dititik
  • Sedikit minyak utk menumis.
  • 5 cwn air 
  • Garam secukupnya
Bahan A:
  • 1 batang carrot dipotong memanjang
  • Bunga kobis
  • 3 batang putik jagung
  • sebatang serai.
  • 1 biji tomato dibelah 4
  • 3 helai daun limau purut
  • 9 biji cili padi - dibelah 2

Cara- caranya  penyediaan Tom Yam Campur :

  1. Tumis bawang besar bersama bawang putih hingga naik bau. Masukkan ayam.
  2. Apabila ayam separuh masak, masukkan perencah tomyam. Masukkan air dan lengkuas.
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan bahan A. Biarkan seketika. Jangan lupa kacau.
  4. Masukkan garam secukup rasa.Siap

, , , ,

Nasi Minyak Terengganu

Nasi Minyak Terengganu
Resepi : Nasi Minyak Terengganu



Bahan-bahan :


  • 1 sudu bawang mesin
  • 2 sudu Butter cup
  • 1 biji bawang besar di potong mayang
  • 1/2 tin susu cair
  • 3cm halia di ketuk
  • Minyak masak
  • Pewarna
  • 4 cawan Beras
  • 4 cawan air
  • 2 helai daun pandan
 Rempah kasar
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 biji bunga cengkih
  • kulit kayu manis


Cara-cara memasak Nasi Minyak Terengganu :

  1. Panaskan kuali, masukkan butter cup bersama minyak masak.
  2. Masukkan rempah kasar, tumis sampai naik bau.
  3. Masukkan bawang  mesin dan bawang besar yang  dimayang bersama halia .
  4. Tumis hingga bawang  sedikit garing. Masukkan daun pandan.
  5. Masukkan susu cair dan 1 cawan air. Biarkan ia mendidih sekejap.
  6.  Masukkan bahan yang telah mendidih tadi ke dalam periuk nasi elektrik. Masukkan 2 cawan lagi air.Biarkan ia mendidih seketika.
  7. Masukkan beras yang telah  siap dicuci ke dalam periuk.Masukkan sedikit pewarna.
  8. Masukkan sedikit garam.Tunggu hingga nasi masak.
  9. Sedia dihidang.
, , , , , ,

Laksa Terengganu Kuah Merah


Laksa Terengganu Kuah Merah

Bahan-bahan
  • 1kg laksa  
Bahan utk kuah:
  • 500g ikan selayang - direbus dan dibuang tulang dan dikisar halus
  • santan 1 biji kelapa
  • 50g gula melaka
  • 50g kerisik
  • 50g rempah gulai bunga rose
  • 5 keping asam keping
  • Minyak masak untuk menumis
  • Garam secukup rasa


Bahan dikisar
  • 100 gm cili
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 3 cm lengkuas

Bahan ulaman dihiris
  • 150g kacang panjang
  • 200g kubis bulat
  • 100g timun

Cara membuat Laksa Terengganu Kuah Merah :

  1.  Laksa direbus hingga lembut kemudian toskan.
  2. Untuk kuah laksa, tumis bahan dikisar hingga naik minyak. Masukkan santan, asam keping ikan, garam, gula, rempah gulai dan kerisik.
  3. Masak hingga naik minyak dan agak pekat
  4. Hidang laksa bersama bahan ulaman yang dihiris


, , , , ,

Lempeng Nyior



Lempeng Nyior
Lempeng Nyior

Makanan Tradisi Terengganu


Bahan-bahan:

  • 1 kg tepung gandum
  • 1 biji kelapa muda diparut
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya


Cara Membuat Lempeng Nyior :

  1.  Kelapa muda diparut yang putih sahaja. Jangan sampai tempurung kelapa.
  2. Gaulkan tepung gandum, kelapa parut dan garam di dalam besen.
  3. Air dimasukkan sedikit demi sedikit hingga adunan sebati.
  4. Gunakan kuali leper untuk memasak. Sapukan sedikit mentega pada kuali tu.
  5. Balikkan lempang tersebut sehingga masak.



, ,

Kuih Puteri Mandi


Kuih Puteri Mandi
Kuih Puteri Mandi
Makanan Tradisional Terengganu

Bahan-bahan:
  • 1 paket tepung pulut
  • 2 1/2 cawan air
  • sedikit pewarna

Inti:
  • 1 biji kelapa  muda - diparut
  • Gula melaka secukupnya
  • daun pandan
  • Air secukupnya

Cara Membuat Kuih Puteri Mandi :

  1. Masukkan tepung pulut  ke dalam satu bekas, tambahkan air sedikit-sedikit sambil dikacau. Air tak perlu banyak. Cukup untuk menguli hingga tepung tak melekat kat bekas .Masukkan pewarna mengikut citarasa sendiri. Biasa diguna hijau la. yang biru xder.
  2.  Didihkan setengah periuk air.
  3. Ambil sedikit adunan tadi, gentel bulat-bulat dan tekan sedikit tengahnya. Masukkan ke dalam air mendidih. Buat sehingga habis.
  4. Apabila masak adunan akan timbul. Angkat mana2 adunan yang timbul tu  dan masukkan ke dalam semangkuk air sejuk untuk mengelakkan 'puteri-puteri' tadi melekat.
  5. Untuk Intinya pula, masak air, kemudian masukkan gula,garam dan daun pandan. Kacau hingga gula larut.
  6. Masukkan kelapa parut putih tadi. Kacau hingga pekat. 
  7. Puteri-puteri tadi bolehlah dicampak ke dalam inti tadi. Gaul hingga rata.
  8. Bolehlah dihidangkan apabila sudah sejuk.

, , , ,

Bubur Lambuk Terengganu

Bubur Lambuk Terengganu
Bubur Lambuk Terengganu 
Sumber: turun-termurun

Bahan-Bahan:
  • 1 pot beras putih
  • 3 cawan air
  • 1 cawan santan 
  • 2 sudu  kerisik 
  • pucuk paku
  • pucuk manis
  • sedikit daun kesum - dihiris halus
  • sedikit daun kunyit - dihiris halus
  • garam secukup rasa
  • *pucuk paku dan pucuk manis ambil daunnya 

Bahan Kisar/Tumbuk:
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • lada hitam secukup rasa
  • 1 inci halia


Cara - cara membuat Bubur Lambuk Terengganu :

  1. Masak beras sehingga menjadi bubur.
  2. Masukkan bahan kisar, kerisik, garam dan sedikit gula kemudian kacau rata.
  3. Masukkan pucuk paku, pucuk manis, daun kesum dan daun kunyit.
  4. Masukkan santan dan biarkan menggelegak  sehingga cukup kepekatan bubur.
 Cadangan Hidangan:
  1. Hidangkan bubur lambuk semasa masih panas dan bagi yang menggemari daun bawang dan bawang goreng, bolehlah ditaburkan sedikit. Lada sulah juga boleh dijadikan perisa tambahan.
  2. Boleh juga dituang budu seperti kebiasaan dimasak  di Terengganu.
  3. Bagi yang menggemari bubur ayam boleh lah memasukkan potongan kiub-kiub ayam ke dalam bubur lambuk.
, , , ,