May 2013

Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

5 minuman bantu kurangkan berat badan

Ramai yang tidak tahu, minuman yang kita minum merupakan satu elemen yang dapt membantu menurunkan berat badan. Minuman yang biasanya dicampur dengan kandungan gula dan karbohidrat akan menghalang kepada penurunan berat badan. Antaranya ialah minuman ringan, jus buah-buahan atau minuman tenaga. Berikut 5 jenis minuman  yang dapat membantu mengurangkan berat badan:

1. Air putih

Air putih merupan salah satu pilihan terbaik untuk menurunkan berat badan secara berkesan. Air ini sepatutnya diminum sebanyak 8 gelas sehari bagi yang melakukan kerja normal. Bagi mereka yang banyak mengeluarkan peluh, minuman ini harus ditambah lagi untuk menggantikan air yang hilang dari badan. Secara semulajadi air ini mengekalkan keperluan badan kita.

2. Jus sayur-sayuran

Jus sayur-sayuran akan membantu mendapatkan serat dan nutrisi tubuh yang diperlukan tubuh sebagai bahan bakar untuk  mengurangkan berat badan. Jus sayur-sayuran juga mampu membuatkan rasa kenyang tahan lebih lama. 

3. Teh kurang manis
Teh mampu meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan proses penurunan berat badan. Biasanya teh hijau kurang manis diambil sebagai proses diet. Hanya sedikit gula dibancuh bersama teh.

4. Kopi
 

Kandungan kafein dalam kopi akan dapat membantu menahan rasa lapar. Kopi juga mampu memanaskan tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme. Dengan ini pembakaran lemak akan lebih cepat. Untuk kesan yang lebih baik, pastikan kandungan pemanis iaitu gula @ susu pada kuantiti yang minima.

5. Susu rendah lemak

Susu adalah sumber protein yang sangat baik dan dapat membantu menurunkan berat badan. Tetapi pastikan susu yang di pilih adalah susu rendah lemak.  Ia juga mengandungi vitamin D dan kalsium yang dapat membantu membina otot dan menjadikan tulang lebih kuat.

Nasi Ayam Special



Nasi Ayam Special
Bahan untuk nasi:
  • 4 pot beras
  • air rebusan ayam
  • 2 ulas bawang merah dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 1/2 inci halia diketuk
  • sebatang kulit kayu manis
  • 4 sudu  susu pekat
  • 1 sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan
  •  sesudu butter untuk menumis

Cara - cara:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan kulit kayu manis bersama butter hingga naik bau.
  2. Masukkan air rebusan ayam sebanyak mana yang diperlukan. Masukkn beras dan kacau.
  3.  Masukkan susu, garam dan daun pandan, kacau seketika, tutup periuk nasi.Biarkan sehingga nasi masa.

Bahan untuk ayam :
  • Seekor ayam  direbus dulu. kemudian toskan airnya. air rebusan ayam ni digunakan untuk masak nasi tadi.
  • Sos tiram
  • Kicap pekat
  • Madu

Cara - cara:

  1. Lumurkan ayam dengan sos tiram, sedikit kicap pekat dan sedikit madu. kemudian, bakar dalam oven.
  2. Sup ayam sediakan seperti mana yang anda biasa sediakan.

Bahan untuk membuat cili:

  • 5 tangkai cili merah dibuang biji
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 sudu gula
  • 1 sudu cuka
  • 1 sudu sos ikan

Cara - cara:

  1. Kisar cili merah, bawang putih, gula dan halia bersama sedikit air. kemudian, tuangkan hasil kisaran dalam sebuah mangkuk, dan campurkan cuka dan sos ikan. kacau rata.

Bahan untuk membuat kicap:
  • seulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • kicap pekat
  • sos tiram
  • sedikit sup
  • tepung jagung - untuk pekatkan kicap
Cara - cara:
  1.  Masukkan sesenduk air sup ayam ke dalam periuk kecil. Apabila mendidih, masukkan bawang putih yang telah diketuk. masukkan halia sekali. biarkan ia mendidih. kemudian, masukkan sos tiram anggaran dalam 5 sudu, dan kicap pekat juga dalam 5 sudu. kacau rata. pekatkan dengan sedikit bancuhan tepung jagung.
  2. Setelah semuanya selesai, bolehlah dihidangkan bersama salad, timun dan tomato.

, , , , , ,

Kek Buah Kukus*



Kek Buah Kukus

Bahan-bahan


  • 250g butter @ seketul butter
  • 350g gula pasir
  • 50ml air panas
  • 450g buah-buahan campuran
  • 3 biji telur 
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan diayak
  • 350g tepung gandum
  • 1 sudu kecil cream of tartar
  • 2 sudu kecil soda bicarbonat
  • 1 sudu kecil serbuk buah pala/netmug

Cara-cara membuat Kek Buah Kukus:

  1. Gula dimasak di dalam kuali hingga keperangan. Masukkan butter dan masak sehingga cair. Masukkan air panas dan buah2an campuran. Kacau hingga sebati dan biarkan ia mendidih seketika. Sejukkan, tuang dalam bekas dan ketepikan.
  2. Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikt sampai kacau hingga sebati.
  3. Pukul telur dan esen sehingga kembang dalam bekas berasingan dan tuang ke dalam adunan tadi.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dialas kertas kek dan disapu dengan mentega. Tutup loyang dengan aluminium foil.
  5. Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan.
  6. Sejukkan kemudian bolehlah potong.
, , , , ,

Ayam Masak Halia - Special dari Johor


Ayam Masak Halia
Ayam Masak Halia
Bahan- Bahan :
  • 1/2kg ayam - dipotong kecil
  • 3 sudu sos tiram
  • 1/2 cawan air 
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 tangkai daun bawang
  • 1 biji buah tomato - dibelah 4
  • 1/2 btg lobak - dipotong kecil
  • minyak
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan Hiris
  • 3cm halia
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 btg cili merah
Cara membuat Ayam Masak Halia  :
  1. Tumiskan bahan hiris sehingga naik bau. Kemudian masukkan ayam, dan sedikit air.
  2. Kacau hingga sebati, lepas tu tutup seketika.
  3. Apabila ayam dah masak,. masukkan lobak kemudian kacau bagi mesra
  4. Masukkan tepung jagung dan sos tiram. Masak sehingga kuah agak pekat.
  5. Apabila dah masak, masukkan tomato  dan daun bawang. Kacau hingga rata.
  6. Bolehlah dihidang dengan nasi panas.

, , ,

Rendang Tok - Special dari Perak

 
Rendang Tok
  Rendang Tok

Bahan-bahan:


  • 2kg daging - potong macam nak goreng tu
  • 500g  kerisik
  • 3kg pati santan
  • 2 biji bawang besar - dihiris
  • 1 labu bawang putih- dihiris 
  • 1/2 ketul gula kabung
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 10 biji buah pelaga 
  • air secukupnya 
  • garam secukupnya
Bahan kisar
  • 18 btg cili kering 
  • 3 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 3 sudu jintan kasar
  • 3 sudu jintan halus



Cara-cara penyediaan Rendang Tok

  1. Masukkan daging, bahan yang dikisar, bawang besar dan bawang putih ke dalam kuali.
  2. Masukkan pula gula kabung, kulit kayu manis, buah pelaga, santan dan kerisik.Masukkan air sehingga semua daging tenggelam. Masak dengan api yang sederhana.
  3. Kacau sehingga masak sekitar 4 jam atau lebih baru masak rendang ni. Apabila rendang hampir masak, masukkan garam secukup rasa. Rendang masak apabila keluar minyak dan daging menjadi gelap.
  4. Siap untuk dimakan dengan lemang, ketupat, nasi minyak @ nasi putih.
, , , , , , , , ,

Kuih Bakar Kemboja



Kuih Bakar Kemboja


Bahan bahan


  • 1 cawan gula 
  • 1 cawan jus pandan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cwan santan pekat
  • 2 sudu kecil butter
  • 3 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • pewarna hijau
  • bijan
  • esen vanilla (saya x letak pun)


 Cara-cara membuat Kuih Bakar Kemboja 
  1. Campurkan semua bahan. blend sampai sebati.
  2. kemudian tapis masukkan 2 sudu kecil minyak dlm loyang . panaskan loyang dlm oven.
  3.  bila minyak dah panas, masukkan adunan tadi, taburkan bijan. bakar @180c sampai brown atau garing 
 Sumber
, , , ,

Resepi Biskut Popia Nestum


Bahan-bahan:
  • 1 bungkus popia
  • 1/2 cawan horlicks
  • 1/2 cawan gula - kisar halus
  • 1 cawan nestum - kisar halus
  • Lidi satay
  • Telur
  • Minyak masak

Cara - cara membuat  Biskut Popia Nestum:
  1. Gulung kulit popia dengan menggunakan lidi satay, tinggalkan dlm 1-2cm untuk lekatkan dgn telur. Buat hingga habis. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengekalkan kelembapan dan mudah dipotong.
  2. Potong kulit popia yang telah digulung tadi secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.
  3. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing. Angkat dan toskan.
  4. Apabila sudah sejukk, tabur,horlicks, gula dan nestum kisar di atas kulit popia tersebut. Gaul hingga semua kulit popia disaluti bahan di atas. Simpan dalam bekas kedap udara.
, , ,

Resepi Biskut Nestum

Biskut Nestum
Bahan-Bahan:
  •  400g tepung gandum
  • 100g tepung jagung
  • 400g mentega
  • 250g gula aising
  • 1 sudu teh  esen vanilla
  • 1 biji telur 
  • 100g nestum - dikisar
  • 50g serbuk badam
  • Paper cup
  • Coklat masakan @ ceri merah - untuk hiasan

Cara cara membuat Biskut Nestum:
  1. Pukul mentega, gula aising dan esen vanilla serta telur hingga kembang.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk badam serta nestum. Gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Bentukkan adunan tersebut dan masukkan kedalam paper cup
  4. Sapukan kuning telur kemudian bolehlah dihias dengan ceri merah@badam@ ikut citarasa sendiri.
  5. Bakar sehingga agak kekuningan @ sekitar 15minit.
  6. Simpan dalam bekas kedap udara.
, , ,

Resepi Biskut Sarang Semut

Bahan-bahan :
  • 250g butter
  • 100g gula halus
  • 350g tepung gandum
  • 100g tepung jagung
  • 1 biji kuning telur
  • 1 s/teh esen vanilla
  • Sedikit coklat rice
  • Papercup  secukupnya 

Cara - cara membuat  Biskut Sarang Semut:
  1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur dan esen vanilla kemudian gaul sehingga rata.
  2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayak dan gaul rata.
  3. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam papercup.
  4. Taburkan coklat rice.
  5. Bakar dalam oven dengan suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).
  6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
, , ,

Resepi Puding Roti Istimewa

Puding Roti
Resepi Puding Roti
Bahan-bahan:
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1 sudu butter - cairkan
  • 1/4 cawan gula 
  • 235ml susu cair
  • esen vanilla
  • kismis

Cara-Cara membuat Puding Roti :
  1. Pukul telur, susu, gula dan esen vanilla hingga sebati. Ketepikan.
  2. Bakar roti  dalam toaster hingga garing. Carik-carikkan dan masukkan ke dalam acuan.
  3. Tabur kismis di atas roti, kemudian tuang butter yang telah dicairkan tadi ke atas roti tersebut.
  4.  Lapiskan dengan adunan telur tadi. Biarkan seketika supaya adunan telur meresap ke dalam roti.Tabur lebihan kismis.
  5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 Chingga keperangan. Lebih kurang selama 25 minit.
  6. Siap untuk dihidang.
, , , ,

Resepi Rendang Daging*

Bahan-bahan:

  • 1kg Daging
  • 2 cawan santan @ 1biji kelapa
  • 2 sudu kerisik 
  • daun limau purut dihiris halus
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • serbuk perasa


Bahan kisar
  • 10 biji cili kering
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 4 batang serai
  • 1 sudu biji ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan halus
  • 1 sudukecil jintan kasar

Cara-cara Memasak Rendang Daging

1. Tumis bahan kisar ditumis hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau seketika hingga daging sedikit lembut.
2. Masukkan santan dan kacau sehingga daging lembut. Jika perlu letakkan sedikit air sementara menunggu daging masak.
3. Masukkan kerisik, asam gelugur, gula, garam, serbuk perasa, daun limau purut.
4. Apabila sudah hampir kering, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
, , , , ,

Resepi Popia Goreng



Bahan-bahan untuk Membuat Popia Goreng

  • 1/2 cawan isi udang 
  •  1/2 cawan isi ayam
  •  2 cawan tauge
  •  1 cawan sengkuang - dipotong memanjang.
  •  1 biji lobak merah - dipotong memanjang
  •  1 sudu sos tiram
  •  garam secukup rasa
  •  kulit popia secukupnya
Bahan dikisar 
  • 1 ulas bawang putih 
  • 1 labu bawang besar




Cara-cara Membuat Popia Goreng

  1. Tumis bahan dikisar hingga naik bau. Kemudian masukkan isi udang dan ayam. Gaul hingga rata.Masukkan sos tiram.
  2. Masukkan sengkuang, lobak merah, gaul rata dan sedikit sedikit air jika perlu.Masukkan pula tauge dan garam.Gaul lagi. Tutup api dan biarkan sejuk.
  3. Bentang sekeping kulit popia, letak 1 sudu kecil bahan inti tadi, gulung dan letakkan tepung gandum dihujung kulit popia sebagai gam.
  4. Goreng sehingga popia sedikit kuning.
  5. Siap untuk dihidang
, , ,

Resepi Kek Gula Hangus

Kek Gula Hangus
Resepi hari ini - Kek Gula Hangus

Bahan- bahan

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 2 sudu mentega


Cara Membuat Kek Gula Hangus :


  1. Masak gula bersama air panas sehingga cair. Kemudian masukkan mentega. Apabila semua sudah cair. Biarkan ia sejuk
  2. Pukul telur hingga kembang dan masukkan susu pekat.
  3. Ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur tadi.  Masukkan pula gula yang dah cair tadi. Gaul hingga serata. Tuang adunan dalam loyang dan perap adunan selama 3 jam.
  4. Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana 160 C dan bakar selama 45 minit ke 1 jam. Lagi Resepi...
, ,

Resepi Biskut Dahlia

Biskut Dahlia
 Bahan-bahan:
  •     1 ketul butter cup
  •     150g gula aising
  •     2 kuning telur
  •     1 sudu teh esen vanilla
  •     Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
Bahan B:
  •  240 g tepung gandum
  •  100 g tepung jagung
  •  100 g tepung kastard

Cara cara  membuat Biskut Dahlia:
  1. Kacau mentega dan gula aising hingga kembang, masukkan kuning telur dan esen vanilla. Kacau hingga semua bahan sebati.
  2. Bahan B dicampur dan diayak. Kemudian masukkan kedalam adunan tadi sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Masukkan doh ke dalam acuan dan tekan di atas dulang pembakar. Buat hingga siap. Letak ceri di atas biskut tersebut. 
  4. Bakar dalam oven  pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  5. Alihkan pada bekas lain ketika masih panas supaya tidak melekat pada dulang pembakar.
  6. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...
, , , , ,

Simpul kasih Popia goreng

  Simpul kasih

Bahan-bahan ( 50 biji atau lebih )

  • 1 paket kulit popia
  • 10 biji cili kering
  • 300g udang kering
  • Garam dan  gula secukup rasa

Cara-cara  penyedian Simpul kasih

  1. Blend cili kering bersama sedikit air dan gula. Ketepikan
  2. Rendam seketika udang kering  dalam air suam. Kemudian toskan. Blend udang kering tanpa air. Ketepikan.
  3. Goreng udang kering tadi tanpa minyak. Gunakan api kecil ketika menggoreng. Goreng sehingga kering.
  4. Bila sudah hampir kering, masukkan cili secukupnya.Tambah garam ikut selera. Gaul sehingga masak.
  5. Apabila sudah masak, biarkan sejuk seketika sebelum dimasukkan kedalam kulit popia. Ikat kulit popia ikut cara tersendiri.
  6. Dah siap bolehlah digoreng. Selamat Mencuba
, , , ,

Cempedak Goreng Rangup

 
Cempedak Goreng
cempedak goreng

Bahan-bahan ( 2 orang makan )

  • cempedak secukupnya
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 cawan tepung beras
  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • air secukupnya
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasak Cempedak Goreng

  1. Campur semua bahan kecuali cempedak dan gaul hingga sebati. Panaskan minyak.
  2. Masukkan 1 sudu minyak panas ke dalam adunan. Kacau lagi.
  3. Masukkan cempedak dalam adunan tersebut. Gaul bagi cempadak diliputi adunan tersebut. Sedia untuk digoreng
  4. Sedap dimakan time panas...Tapi sunnah Rasullah suruh makan time sejuk. Nak dapat pahala sunnah tunggu la..
, ,

Sayur Lemak Putih Kobis

Sayur Lemak Putih Kobis 

Bahan-bahan:

  • 1/4 biji kobis
  • 1 batang lobak
  • sedikit udang@ikan bilis
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji cili masak
  • 1/2 biji kelapa @ 2 cawan santan
  • 1 cawan air
  • sedikit garam

Cara-cara memasak  Sayur Lemak Putih Kobis :

  1. Masukkan semua bahan kecuali santan dan garam biarkan sehingga mendidih. 
  2. Masukkan santan dan garam secupnya. 
  3. Kacau hingga mendidih dan matikan api.
, , , ,

Nasi Goreng Kampung

Nasi Goreng Kampung
Nasi Goreng Kampung 

Bahan-bahan

  • 3 cawan nasi putih
  • 15 biji cili padi hijau - ditumbuk lumat
  • 1 biji bawang besar  - ditumbuk kasar
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
  • ikan bilis goreng
  • 1 ikat kangkung
  • 3 sudu minyak masak
  • garam
  • serbuk perasa

Cara-cara penyediaan Nasi Goreng Kampung :

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan tumbuk,tumis hingga bawang kekuningan. Masukkan nasi putih. Gaul hingga rata. Masukkan garam dan serbuk perasa. Gaulkan biar sebati.
  2. Masak dengan api perlahan. Masukkan ikan bilis goreng. Agak2 dah berasap, masukkan kankung. Test dulu masin tawar..ejas ikut citarasa.
  3. Dah siap untuk dimakan. yang suka pedas bolehlah tambah lagi cili padi.
  4. Kalau suka ikan bilis goreng lebih boleh tambahkan lagi
, , , ,

Kek Coklat Moist

Kek Coklat Moist
Kek Coklat Moist


Bahan-bahan:


  •     4 biji Telur - dipukul hingga kembang
  •     150g Tepung Gandum
  •     1 sudu teh Soda Bicarbonat
  •     1sudu teh Baking Powder


Bahan dimasak :
  • 100g Serbuk Koko
  • 250g Gula pasir
  • 1 tin Susu Isian Cair
  • 200g Minyak Masak Sayuran
  • 250g Susu Pekat

Cara-cara membuat Kek Coklat Moist :

  1. Masak bahan dimasak dengan api perlahan. Jangan sampai mendidih. Kemudian tuang ke dalam bekas.
  2. Masukkan bahan lain ke dalam bekas tersebut. Masukkan sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati. Tepung gandum perlu diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat terlebih dahulu.
  3. Masukkan ke dlm loyang  dan kukus selama 1 jam dengan api sederhana. Loyang boleh juga ditutup dengan aluminium foil( kalau ada la) Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
  4. Sejukkan kemudian bolehlah dihiaskan dgn icing/ ganache.
, ,

Mee Goreng Basah

 
Mee Goreng Basah
  Mee goreng basah

Bahan-bahan:

  • 500g mee kuning
  • 1 keping dada ayam
  • 1/2 bawang besar - dimayang
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap pekat
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 sudu kicap cair
  • sawi @ kobis
  • garam dan garam secukup rasa
  • minyak
  • 1 sudu serbuk cili
  • air

Cara-cara membuat  Mee Goreng Basah :

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga agak garing.
  2. Kemudian bancuh serbuk cili dengan air dan masukkan ke dalam kuali.
  3. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam. Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap pekat dan kicap cair apabila ayam sudah masak. kacau rata. Masukkan 1 cawan air.
  4. Masukkan garam dan gula ikut citarasa. Bila dah mendidih, masukkan mee. kacau bagi sebati.
  5. Dah masak, bolehlah dimasukkan sayur - sayuran. kalau suka lebih gelap warnanya tambah kicap cair.
  6. kalau nak pedas, potong cili api dan masukkan ke dalam mee. boleh juga kalau guna serbuk black pepper.
, , , , , ,

Puding Dadih Buah-Buahan

Puding Dadih Buah-Buahan
Bahan-bahan:
  • 1 peket serbuk dadih buah-buahan (perasa ikut pilihan)
  • 1500ml air
  • 200ml susu sejat
  • 50g gula halus
  • Acuan puding secukupnya

Cara-cara membuat Puding Dadih Buah-Buahan :

  1. Masak air bersama susu dan gula hingga mendidih. Perlahankan  api dan masukkan serbuk dadih. kacau rata.
  2. Masukkan gula buah-buahan ( ada dalam paket serbuk dadih ) dan terus kacau.Matikan api.
  3. Tuang adunan puding ke dalam acuan kecil hingga habis dan sejukkan.
  4. Kemudian simpan di dalam peti sejuk
  5. Siap untuk dihidang.. 
*Jika suka boleh dihias puding dengan buah segar yag dipotong kecil atau buah koktel.
, , , , , , , , ,

Jemput bawang

Jemput bawang
Jemput bawang 

Bahan-bahan 

  • 350g tepung gandum 
  • 1/2 bawang besar 
  • 1 sudu teh garam
  • 1 biji telur
  • air
  • 2 sudu teh yis
  • daun kucai
  • taugeh
  • ikan bilis
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Gaul tepung bersama bawang, garam,  yis dan telur. Kemudian masukkan air. Adunan jangan terlalu cair.
  2. Biarkan seketika untuk adunan jadi kembang. Dalam 1/2jam.
  3. Masukkan sayur-sayuran dan ikan bilis.
  4. Siap untuk digoreng. Boleh gunakan sudu @ tangan.
  5. Sesuai dimakan untuk sarapan, minum petang @ ringan2 waktu malam.
, ,

Sambal udang

 
Sambal udang
Sambal udang

Bahan-bahan:

  • 15 btg cili kering
  • 5 ulas bawang merah ditumbuk
  • sedikit belacan - dibakar & ditumbuk
  • 30g asam jawa
  • 80g petai
  • 50g bilis digoreng
  • 2 biji terung panjang dibelah 2 & dicelur 
  • Garam & gula secukup rasa 
  • 1 sudu bawang goreng - untuk hiasan

Cara-cara membuat Sambal udang :

  1. Tumis pes cili dan bawang merah sehingga naik bau.
  2. Masukkan garam, gula, belacan dan air asam jawa. Tunggu sehinga mendidih, masukkan petai.
  3. Apabila kuah pekat, masukkan bilis goreng dan kacau rata.Tutup api.
  4. Curahkan sambal petai ke atas terung yang telah dicelur. 
  5. Hias dengan bawang goreng.Siap untuk dihidang bersama nasi.
, , , ,