Bubur Asyura Terengganu

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Bubur Asyura Terengganu

Bubur Asyura Terengganu
Bahan-bahan:
  • 1kg beras
  • 250g kacang hijau
  • 1/2kg ubi keledek
  •  1kg daging
  •  1 ekor ayam - dipotong kecil
  • 2kg santan
  • 250g kerisik
  • 6 sudu  rempah asyura
  • 1/2kg dijadikan bawang goreng
  • 1kg gula
  • Garam secukup rasa
Bahan dikisar:
  • 1/2kg bawang merah 
  • 5 batang serai
  • 5 cm halia
  • 5 ulas bawang putih
Bahan hiasan:
  • kelapa goreng
  • isi ikan  - hancurkan
  • telur dadar  - hiriskan


Cara Membuat Bubur Asyura:
  1. Rebus beras, kacang, keledek,daging dan ayam dalam periuk sehingga lembut dan hancur.
  2. Masukkan bahan dikisar ke dalam rebusan beras dan daging tadi.
  3. Masukkan rempah, kerisik, bawang goreng dan santan.
  4. Masukkan gula dan garam. Kacau sehingga rata dan pekat. Biasanya dalam 3jam.
  5. Apabila siap, tuang di dalam bekas dan tabur bahan hiasan di atas bubur asyura.
  6. Biarkan sejuk seketika sebelum dihidang supaya mudah dipotong.
  7. Kalau nak sedap lagi simpan dalam peti ais dahulu.
, , ,