May 2014

Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Kuih Bakar Berlauk



"Bahan-bahan A"


  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • 3 cawan santan
  • 1 sudu teh garam
  • 2 biji telur
  • Perwarna kuning

"Bahan-bahan B"

  • 200 gm daging kisar/cincang
  • 1 biji bawang besar didadu
  • 1/2 packet rempah kari
  • Garam secukup

"Hiasan"

  • Daun sup, dan cili merah.

"Cara2 buat inti"

Panaskn minyak dn tumis bawang besar hingga layu, masukkn rempah kari kacau rata dn daging cincang, akhir sekali letakkn garam.gaul sama rata dlm kuali,,,

"Cara-cara membancuh tepung"

Pukul telur hingga kembang dengan whisk sahaja dn masukkn tepung gandum, tepung jagung masukkn sedikit demi sedikit, masukkn garam, santan dn kacau rata,,Masukkn pewarna kuning untuk memberi warna yang menarik, kacau sehingga bahan2 semua sebati,,

Panas kn acuan, letak minyak dn setelah acuan panas masukkn masukkn adunan tadi, bakar atas dapur dengan api yang perlahan , setelah 5 minit boleh letakkn inti di tengah2 adunan tepung, Tutup dengan tudung periuk dn masak selama 5 minit lagi,,
Angkat dn masukkn ke dlm oven dengan menggunakan api atas bawah selama 10 minit atau sehingga masak,
Setelah masak keluarkan dari acuan dn taburkan hirisan cili merah, dn daun sup,,,,

"Kalau xde acuan boleh gunakn loyang, masukkn ke dlm oven dn bakar selama 10 minit keluarkan dn letak inti tadi di atas kuih yg separuh masak, masukkn semula ke dlm oven dn bakar selama 20 minit hingga kuih masak, keluarkn dn tabur hirisan cili merah dn daun sup,,,,
, , ,

Spiral chezzy baked

Bahan2:
1. Spiral @ spagetti 1 peket..drebus sparuh masak
2. Sos spagetti

3. Cendawan butang..potong 4
4. 1 bj Bawang holland ptg dadu
5. 2 bj tomato potong dadu
6. 4 bj bwng putih dadu
7. Daging cincang
8. Slice cheese
9. Mozarella
10. 1 kotak kecil Susu segar HL

Cara2:
Tumiskn bwng holland n bwg putih..masukkn dgg..masukkn sos spagetti n sos cili..kacau n masukkn tomato n cendawan..taruk oregano n garam..

Tutup api n masukkn spiral/spagetti..kacau n masukkn dlm dulang..

Sos putih..
Susu, slice cheese 5 kpg, 2 sdu butter n 2 sdu tpung gandum..dmasak dlm periuk kecil..api perlahan..kacau sampai cheese cair.
Tuangkan dlm dlang td..rata2kan yerr
Susun udang harimau...taburkn mozarella n oregano..
Siap

Coklat Lava Kek (Resepi Rahsia)

 

Bahan-bahan:


  • 5 sudu butter
  • 100g coklat gelap
  • 2 biji telur 
  • 1 kuning telur 
  • 3 sudu  gula
  • secubit garam
  • 4 paper cup
Bahan A:
  • 3 sudu besar tepung
  • 2 sudu kecil serbuk koko

Cara cara membuat  Coklat Lava Kek:

  1. Cairkan mentega dan coklat secara “double boiler”  dan gaul sebati.
  2. Pukul telur dan gula sehingga campuran berwarna kekuningandan gula terlarut.
  3. Masukkn  coklat panas ke dalam adunan telur dan kacau rata.
  4. Ayak bahan A dan masukkn ke dalam adunan. Gaul rata. 
  5. Tuang kedalam papercup  yang telah disapu dengan butter.
  6. Kalau boleh sejukkan adunan dalam freezer. Kalau tak nak boleh terus masuk dalam oven.
  7. Panaskan oven pada suhu 185c dan bakar selama 15minit.
  8.  Siap..RESEPI CHOCOLATE LAVA KEK

*Rahsia untuk resepi ini senang je. Ia adalah disebabkan oleh chocolate di dalam cake yang tidak masak. - sumber
,

Daging Masak Hitam Ala Sarawak

Daging Masak Hitam
Daging Masak Hitam

Bahan-bahan perap:

  • 500 gram daging - hiris
  • 2 sudu besar kicap pekat karamel
  • 3 sudu besar gula apong (boleh kurangkan)
  • Bahan-bahan kisar:
  • 3 batang serai
  • sedikit lengkuas
  • 1 biji bawang besar
  • 7 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 15 tangkai lada kering
  • 1/3 cawan prune@kismis hitam

Bahan-bahan tumis:

  • Rempah tumis 4 sekawan - banyak ikut suka
  • 5 biji bawang merah - dimayang
  • 1-2 sudu besar rempah kurma
  • 2 sudu besar kerisik
  • minyak masak secukupnya
  • sedikit air asam jawa
  • garam secukup rasa

Cara-caranya membuat Daging Masak Hitam :

  1. Gaul daging bersama kicap pekat dan gula apong secara merata hingga sebati. Perap seketika.
  2. Panaskan minyak dan tumis rempah tumis 4 sekawan dan bawang yang dimayang. Bila bawang sudah agak garing (jangan sampai hangus) masukkan bahan-bahan yang dikisar. Kacau sebati.
  3. Masukkan rempah kurma dan kacau lagi. Biarkan hingga pecah minyak dan naik bau.
, , , ,

Kek Batik Biskut Marie

Kek Batik Biskut Marie

Bahan bahan:


  • 200gm milo
  • 250gm butter
  • 3sudu makan serbuk koko
  • 1tin kecil susu pekat manis
  • Biskut marie


Cara-cara membuat Kek batik biskut marie :


  1. Alaskan Loyang dengan plastik, biarkan plastic melebihi Loyang, jadi dengam mudahnya kek senang dikeluarkan apabila kek dah sejuk
  2. Cairkan butter alam dengan menggunakan api yang agak kecil
  3. Setelah cair, masukkan susu, milo sedikit demi sedikit gaul hingga sebati dan masukkan juga serbuk koko
  4. Gaul hingga halus dan tak berketul lagi
  5. Setelah pekat, susun biskut marie dalam Loyang kemudian curahkan sebahagian adunan tadi dan ratakan, lapis lagi biskut marie, curahkan adunan dan ratakan
  6. Seterusnya … ulang hingga habis adunan dan sejukkan dalam peti ais

, ,

Resepi Mee Hailam




Resepi Mee Hailam
 Mee Hailam

Bahan bahan:

  • resepi untuk makan 4-5 orang
  • 300gm udang sederhana besar
  • 300gm daging ayam
  • 3 ekor sotong saiz besar
  • 1 peket fish ball
  • 1 peket mee
  • 3-4 cawan air
  • 1-2 sudu besar cili kisar
  • 3-4 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos nampla
  • 2 biji telur
  • Sedikit sayur sawi
  • Sedikit bunga kobis
  • 1 batang carrot
  • 2 biji tomato masak ranum
  • Sedikit tepung jagung n air - dibancuh
  • Garam secukup rasa
  • Daun sup dan cili merah secukupnya
  • Cili kering direbus sampai lembut dan kemudian dikisar bersama bawang merah dan bawang putih secukupnya .


Cara memasak Mee Hailam :

  1. Bersihkan udang dan sotong kemudian tos dan ketepikan kemudian potong isi ayam menjadi ketulan kecil . Potong fish ball kemudian bersihkan semua sayur dan potong ketepikan semua bahan-bahan ni.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar sampai pecah minyak dan cili masak kemudian masukkan ketulan isi ayam tadi dan kacau sehingga isi ayam masak dan kemudian boleh la dimasukkan air . 
  3. Masukkan carrot dan bunga kobis tadi biar sampai kuah hampir mendidih . Masukkan semua sos cili, sos tiram , minyak bijan , kicap manis n cair , sos nampla dan kacau semua bahan ni .Masukkan semua udang serta sotong dan kacau semua bahan kemudian rasa sama ada cukup semua perisa kalau tak cukup tambah ikut selera masing-masing . 
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji biar sekejap sampai telur masak dan masukkan sayur sawi , buah tomato dan kacau . Masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air untuk bagi kuah pekat . Kacau semua bahan dan kalau kurang masin baru la ditambah garam .
  5. Akhir sekali masukkan mee dan kacau semua bahan dan biar kuah mendidih dan boleh la ditutup api dapur .
  6. Bila nak hidang boleh la ditabur daun sup , cili merah dan juga bawang goreng .

Share : Resepi Ummi
, , , ,

Resepi Biskut Cornflakes Madu**

Biskut Cornflakes Madu
Bahan-bahan: 
  • 5 cawan Cornflakes
  • ¼ cawan butter cup
  • ¼ cawan madu
  • Papercup secukupnya
, , , ,

Rendang Ayam Opah

Rendang Ayam Opah
Rendang Ayam Opah


Bahan-bahan :


  • 1 ekor ayam
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu kerisik
  • 2 helai daun kunyit diracik halus
  • minyak untuk menumis
  • garam & gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar :
  • 21 batang cili kering
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ketul kunyit hidup
  • 1 sudu ketumbar
  • 2 biji buah keras
  • 4 batang serai
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas

Cara-cara memasak Rendang Ayam Opah :

  1. Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan santan dan ayam, gaul rata.  Tutup kuali dengan tudung kukus biarkan sebentar. Guna api kecil.
  3. Masukkan kerisik kacau rata. Perasakan dengan garam gula.
  4. Masukkan daun kunyit, Siap untuk dihidang.
, , , , , , ,

Air Lada

 Bahan-bahan mudah untuk menyediakan air lada :
  • 5 biji cili merah 
  • 2 sudu garam
  • 5 sudu gula
  • Cuka sedikit
Cara cara:
  1. Tumbuk semua bahan hingga lumat, kemudian masukkan cuka untuk sedikit berair. 
  2. Kalau tak nak guna cuka, gantikan dengan air limau nipis.
  3. Siap untuk dimakan bersama Bihun goreng dan kerepok.
,

Bihun Goreng

 Bihun Goreng

Bahan bahan untuk membuat bihun goreng :
  • Bihun (rendam dahulu supaya lembut)
  • Isi ayam yang dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 3 sudu cili boh
  • 3 sudu sos tiram
  • 3 sudu sos cili
  • 3 sudu kicap
  • Bebola ikan
  • Sawi, tomato dan taugeh
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuat Bihun goreng :
  1. Blend bawang kemudian tumiskan bersama cili boh sampai naik bau.
  2. Masukkan semua sos dan perasakan dengan garam dan gula.
  3.  Masukkan isi ayam, bebola ikan kemudian tambahkan air suam supaya berkuah sediki.
  4. Masukkan bihun yang sudah lembut, kacau sehingga sebati
  5. Masukkan sayur, kacau, siap.
  6. Hidangkan bersama keropok goreng dan air lada

 *Kalau nak Bihun goreng yang sedap, haruslah didatangkan pakej bersama air lada.

*Tips nak bagi mihun sedap dan 'berasa'.. bila blend bawang, masukkan secekak ikan bilis.. Blend bersama sampai serasi... Tapi kalau masuk ikan bilis tak blend, goreng dalam mihun tak sedap... Tak sesuai bilis masak dengan mihun.. Then masuk carrot parut.. tu pun sodappp

, ,

Soto Ayam

soto ayam
soto ayam

Bahan-bahan:

  • 6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
  • 2 ekor ayam, dibelah empat
  • 3 - 4 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan serbuk ketumbar
  • 2 sudu teh serbuk jintan halus
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • 3 batang serai, dititik
  • lengkuas sebesar ibu jari, dititik
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 tangkai bunga cengkih
  • garam secukup rasa

Bahan untuk Dikisar:
  • 3 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup 

Bahan untuk Sambal Kicap:
  • 5 batang lada merah
  • 20 biji lada padi merah thai
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap lemak manis 

Bahan Hiasan:
  • bergedil
  • taugeh yang telah dicelur
  • daun sup, dipotong halus
  • bawang goreng
  • sambal kicap
  • ayam, yang telah disiat-siat

Cara-cara penyediaan Soto Ayam :

  1. Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. 
  2. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. 
  3. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. 
  4. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. 
  5. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.
  6. Cara membuat Sambal Kicap : Kisar halus semua bahan, tuang kedalam mangkuk. Siap. Sedia untuk dimakan.
  7. Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.
, , , ,

Mee Rebus Terengganu

Mee Rebus Terengganu
Mee Rebus Terengganu

Bahan-Bahan:
  • Mee Kuning
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 hiris  Bawang Besar
  • 1 biji Telur
  • Sebiji Lada Besar dipotong 
  • Sawi
  • Ayam Dipotong Dadu
  • Air
  • Lada Hitam ditumbuk

Cara cara memasak Mee Rebus Terengganu :

  1. Tumis  bawang putih dan lada hitam sehingga naik bau.
  2. Masukkan air, bawang besar, lada, sawi, ayam.
  3. Bila mendidih kecilkan api dan pecahkan telur kedalamnya. 
  4. Bila sudah masak masukkan mee kuning.
  5.  Makan semasa panas.Tuang sedikit sos cili diatasnya.

, , , , , , ,

Roti Kukus Pandan

Bahan-bahan:

  • 1 buku roti
  • 2 cawan air pandan@ pewarna hijau tapi tak wangi la @guna pandan paste
  • 1 cawan gula pasir
  • 3 biji telur
  • 300g santan
  • Garamsecukupnya

Cara-cara:

  1. Blend kemudian tapis air daun pandan untuk dapatkan jusnya.Ketepikan
  2. Pukul gula dan telur hingga sedikit kembang. Masukkan air pandan tadi. Masukkan santan dan kacau sebati. Masukkan sedikit garam
  3. Masukkan roti-roti ke dalam adunan tadi kemudian  susun dalam loyang. Boleh ditambah buah-buahan kering seperti kismis, prun ataupun kurma.
  4. Lebihan likatan cecair dituang ke dalam loyang roti. .
  5. Kukus selama 15 minit. Siap

,

Sayur Petola Masak Air

Bahan bahan:
  • 1btg petola
  • 2 biji Bawang merah
  • 1 biji Bawang putih
  • 1/2 paket Soun
  • udang kering
  • garam
  • Air
Cara cara Sayur Petola Masak Air:
  1. Petola dipotong bulat, remdam seketika soun, hiris halus bawang merah dan bawang putih.
  2. Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali garam dan soun. Rebus sehingga masak. Masukkan soun biarkan seketika. Perisakan dengan garam.
  3. Siap.
,

Ikan Kembung Masak Percik

Ikan Kembung Masak Percik


Bahan bahan:


  • 7 ekor ikan kembung
  • serbuk kunyit
  • garam
Bahan sos percik: 
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 kpg gula melaka
  • garam
  • gula
Bahan A:
  • 5 biji bawang merah
  • 1cm halia
  • 11 btg cili kering
  • 3btg serai 

Cara cara penyediaan Ikan Kembung Masak Percik:

  1. Gaul ikan bersama garam dan kunyit. Sebatikan. 
  2. Biarkan seketika supaya kunyit diserap kedalam ikan.
  3. Bakar sampai masak. Ketepikan.
  4. Untuk sos percik, Kisar bahan A, didihkan santan bersama semua bahan. 
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Biarkan mendidih dan kuahnya menjadi pekat.
  7. Tuangkan sos percik diatas ikan yang siap dibakar tadi.
  8. Sedia dinikmati dengan nasi panas dan sayur petola.

, , , , , , , , ,

Air asam

Bahan Air asam:
  • 5 btg cili
  • sedikit belacan
  • asam jawa
  • garam dan gula 

Cara cara:

  1. Gaul sebati semua bahan. Biarkan seketika.
  2. Siap untuk dimakan bersama Daging Bakar
,

Daging Bakar Air Asam

Bahan bahan:
  • 1/2kg daging
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan A:
  • 2cm kunyit hidup
  • 2cm lengkuas
  • 2 biji bawang besar 
  • 2 btg serai
Cara cara:
  1.  Kisar bahan A dan gaul bersama daging. 
  2. Perasakan dengan garam dan gula.
  3. Panggang sehingga masak. 
  4. Sedia dinikmati bersama air asam.

,

Ikan Cencaru Bakar

Ikan Cencaru Bakar


Bahan bahan:
  • Ikan Cencaru
  • Daun pisang
  • minyak
  • cili api *
Bahan A:
  • Lada besar
  • bawang ptih
  • bawang merah
  • kunyit hidup
  • halia
  • tomato buah
  • serai(hiris)
  • garam
Cara cara:
  1. Campurkan semua bahan A, tumbuk. Jangan blend sbb xnak ade air.
  2. Isi sambal ke dalam perut ikan dan luar ikan, balut dgn daun pisang.
  3. Panaskan kuali, letak minyak 2 sudu, masukkn ikan, guna api kecil, tutup ikan guna tutup periuk.
  4. Biarkan 5 minit. Buka dan letak minyak 1 sudu.
  5. Balikkan ikan dan tunggu sampai masak. Siap, perah limau mase nk mkn.
*Jika mahu lebih pedas campurkn cili api semasa menumbuk.
, ,

Kek buah buahan

Bahan bahan:
  • 1 ketul butter
  • 2cwn air
  • 2cwn gula
  • 200g Buah2an campur
Bahan B:
  • 4cwn tpg gandum
  • 2sudu kecil baking powder
  • 1sudu kecil soda bikarbonat
Bahan C:
  • 4biji telur 
Cara cara:
  1. Ayak bahan B, pukul hingga kembang bahan C.
  2. Satukan bahan A dalam satu bekas, gaul rata. Masukkn bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit.
  3. Kemudian masukkn bahan C. Kacau rata 
  4. Bakar selama 45minit  pada suhu 180.
** boleh tambah buah prun@ badam kisar. Rebus, mendidih dan biar sejuk


, , , ,

Kek Marble*

Kek yg mudah dibuat bahan2 pun xbanyak.

Bahan bahan:
  • 1cawan butter
  • 1cawan gula
  • 4biji telur(B)
  • 1sudu teh esen vanila
  • 2cawan tepung naik sdiri(Bluekey)
Cara cara:
  1. Pukul butter dan gula slama 15 minit lpas tu masukkan telur pukul lg
  2. Masukkan vanila dan tepung pukul slama 5minit. 
  3. Bhgi 3 ltak warna yg kita suka. 
  4. Bakar slama 1jam suhu 160°

Sambal Telur

 Bahan bahan:
  •  Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili boh
  • gula
  • sedikit garam
Cara cara:
  1. Tumbuk bwang merah n putih tumis pastu msuk cili mesin & msak smpai garing n kering..
  2. Masukkn garam. Ltak gula sikit n sambal akn jd gelap wrna nya.
  3. Petua kalau nk cantik telur tu di goreng...biar myk btl2 pns

Kek Lapis Cheese



Kek Lapis Cheese

Bahan A:
  • 600g biskut marie perisa coklat
  • Perisa kopi
  • 500 ml susu segar

Bahan B:
  • 500 g cheese cream
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus

Cara cara:
  1. Satukan cheese dan gula halus dan pukul hingga sebati.
  2. Masukkan susu segar, jangan sampai adunan terlalu cair.
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan.
  4. Panaskan susu segar, masukkn perisa kopi. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu yang suam2 panas  dan  susun dalam loyang.
  5. Sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan.
  6. Ulang proses melapis biskut hingga habis. Lapisan terahir mestilah lapisan cheese.
  7.  Tabur coklat rice diatasnya. Tekan2 sikit permukaan tu.
  8. Masukan dalam peti sejuk, dan biarkan sekurang kurangnya 6 jam sebelum dipotong.


,

Butter Cake Marble

Bahan bahan:
  • 200g butter
  • 200g gula
  • 6 biji telur
  • 400g tepung naik sendiri
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1sudu kecil esen vanila
  • serbuk koko 2 sudu besar
Cara cara:
  1. Pukul butter dan gula halus sehingga kembang.
  2. Masukkn telur satu persatu. Masukkn susu pekat dan esen vanila.pukul rata.
  3. Stop mixer. Masukkn tepung yg sdh di ayak sedikit demi sedikit.. Kaup balik adunan bg sebati.
  4. Bahagi kepada 2 adunan.
  5. 1 adunan biar kan warna asal. 1 adunan campur dgn serbuk koko.
  6. Tuang adunan secara selang seli, lorekkn utk jd kan corak marble.
  7. Bakar dgn suhu 180© selama 35 minit atau sehingga masak.
  8. Gunakan api atas bawah.

Kek Mentega Marmar Susu

Kek Mentega Marmar Susu

Bahan bahan:
  • 250g mentega
  • 300g tepung naik sendiri 
  • 50g susu pekat manis
  • 100g susu cair
  • 150g gula
  • 4 biji telur
  • 1 sudu coklat emulco
  • 1 sudu teh kapucino emulco
  • 1 sudu teh esen vanilla 
  • Kepingan badam sebagai hiasan
Cara-Cara:
  1. Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur satu persatu. Kemudian masukkan susu pekat manis. Pukul sebati.
  2. Masukkan tepung naik sendiri dan susu cair.
  3. Ambil 1/4 adunan. Letakkan coklat emulco dan kapucino emulco. Kacau rata. Letakkan esen vanilla didalam adunan plain dan kacau rata.
  4. Sapukan butter pada loyang.  Tuangkan adunan plain ke dalam loyang. Diikuti adunan coklat kapucino. Buatkan bentuk marble dengan belakang sudu.
  5. Hiaskan dengan taburan kepingan badam.
  6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 1 jam 15 minit atau sehingga kek dimasak sempurna.
, ,

Kek Mangga


Hari ini buat sedikit kelainan, biasa orang buat kek pisang, kek oren, kek durian. Kali nie try plak kek mangga...

Kek Mangga 

Bahan bahan:

Bahan A:
  • 2 bji telur-gred A
  • 1 cwn gula
  • 1 cwn minyak masak
  • 2 bji mangga-amik isi jerk
  • 1/2 cwn susu cair

Bahan B:
  • 2 cwn tpg gandum
  • 1 sd kfc soda bcbonat
  • 1 sd kfc bking pwder

Bahan C:
  • isi mangga-potong dadu
  • pewarna kuning

Cara cara:
  1. Blend bahan A dan ayak bahan B. Masukkn bahan B ke dalam bahan A, sedikit sedikit. Gaul sebati.
  2. Titiskan pwarna kuning, gaul sebati.
  3. Leserkan minyak pada loyang. Tuang adunan tadi. Susun potongan mangga ikut cara masing2.
  4. Bakar selama 45min dengan suhu 175'.
  5. Selamat Mencuba.
,

Bun jagung manis

Roti goreng sardin
Bun jagung manis

Bahan bahan:
  • 500gm tpg roti
  • 200gm tpg gandum
  • 2sb susu tpg
  • 100gm gula
  • 1 biji telur
  • 2 sb majerin/shorterning/butter
  • 1/2 tin cream jagung
  • 2 sk yis
  • 150 ml air suam
  • 3 sb water roux/1 sk pelembut roti
  • 1 sk baking powder
Cara cara menyediakan Roti goreng sardin :
  1. Satukan semua bahan, uli hingga tidak lekat ditangan. Perap  selama 1 jam.
  2. Tumbuk dan uli lagi. Bahagikan doh kpd beberapa bola kecil dan susun dalam loyang. 
  3. Biarkan naik 2x ganda. Gliskan permukaan dengan telur yang dicampur sedikit susu cair & sedikit air. 
  4. Bakar selama 25 minit @ sampai masak. Suhu 160C.
, ,

Resepi Apam Beras


Resepi Apam Beras

Bahan A:
  • 1 cwn nasinsejuk
  • 1/2 cwn gula
  • 1 1/4 cwn air
  • Semua ni diblend hingga halus.
Bahan B:
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu creasent yeast
  • Pewarna
Cara cara membuat Apam Beras:
  1.  Blend bahan A hingga halus. Campurkan bahan A dan B. Masukkan sedikit pewarna.
  2. Perap selama 2 jam.
  3.  Selamat mencuba.
, , ,

Telur dadar lapis sosej bermayonis

Bahan bahan:
  • Telur
  • mayonis
  • sosej
  • Sos cili
Cara cara:
  1. Telur 2 biji pukul plahan..campur 1 sudu mayonis...
  2. masak telur dadar dlm kuali..susun sosej yg telah dipotong nipis..biarkan telur sampai garing..
  3. lipat 4 dan potong ikut suka...letak sedikit mayonis dan sos diatas telur yg telah siap dipotong tadi..

Masak Tempoyak Daun Kayu

Bahan bahan:
  • Pucuk ubi kayu..hiris halus (drebus dlu)
  • Pucuk kadok..hiris halus
  • Daun kunyit...hrs halus
  • Serai..hiris halus
  • Kunyit hidup n cili api merah..blander
  • Tempoyak
  • Santan
  • Udang
  • PETAI
Cara cara Masak Tempoyak Daun Kayu:

  1. Masukkn bhn blander, tempoyak, serai, petai n daun kunyit dlm kuali n kacau hgga mengelegak..
  2. Masukkn daun kadok, daun ubi yg drebus td, santan...perasakan..kacau hngga pekat sikit..
  3. Siap!!!!







, , , ,

Roti goreng sardin


Roti goreng sardin
 Roti goreng sardin


Bahan bahan:

  • Sardin
  • Mayonis
  • Telur

Cara cara:

  1. Masak sardin. Letak sedikit mayonis
  2. Tekan roti dengan cawan, gulungkan sardin..
  3. Celup dengan bancuhan telur dan goreng...
,

Kuih Lompang


Kuih Lompang
 Kuih Lompang

Bahan bahan:
  • 2 cwn tpg beras
  • 1 cwn gula merah
  • 1/2 cwn gula pasir
  • 1/2sudu teh kapur
  • 4 cwn air
  • kelape + garam
Cara cara:
  1. Tepung beras n kapur dsatukn.masakkn gula merah n pasir smpai mendidih,pas tu tapis.
  2. masukkn kdlm tepung td smpai rata...nk senang blend je...masukk dlm acuan, kukus dlm 15 or 20 min..
     
 Tip:panaskn dulu acuan dlm kukusan..nk senang bancuhan td masukkn dlm teko atau jag kecik supaya senang nk dtuang
, ,

Masak Kicap Hati Ayam

Masak Kicap Hati Ayam
Masak kicap hati ayam

Bahan bahan:
  • Hati ayam- goreng 
  • Halia 
  • Bwg merah 
  • Bwg putih 
  • Cili giling 
  • Cili sos 
  • air asam jawa
  • garam 
  • gula
Cara cara Masak kicap hati ayam:
  1. Tumis bwg, halia, n bwg putih, masukkan cili giling
  2. Masukkan sos n hati n air asam jawa
  3. Perisakan ngan garam n gula
,

Kerabu Tauge

Bahan bahan:

  • Tauge 
  • Pucuk paku 
  • Udang kering 
  • Kelapa- goreng tnpa myk smpai kuning
  • Bwg merah
  • Serai
  • Air limau nipis
  • Sedikit halia-utk buang angin pck paku
  • Sikit blcan
  • Cili api

Cara cara membuat  Kerabu Tauge:

  1. Gaul semua bhn n perasakan dengan garam
, , ,