Nasi Daging Utara

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Nasi Daging Utara

Nasi Daging Utara
Nasi Daging Utara

Bahan Bahan:

  • 1 kg. daging....potong sebesar 4 inci dan rebus dgn halia sehingga lembut
  • 6 cawan Beras biasa/ beras basthmati....basuh bersih dan toskan
  • 8 cawan air rebusan daging
  • 1 cawan susu cair
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 1 tin tomato sup [500 gm tomato cincangkan]
  • 3 susu besar rempah kurma dibancuh dgn sedikit air
  • 2 sudu besar kismis
  • 3 helai daun pandan ..disimpulkan
  • garam & gula secukup rasa
Bahan tumis
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum buag pelaga
  • 2 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih [mayang halus atau tumbuk
  • 1 inci halia ]

Cara memasak Nasi Daging:

1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker di atas api yang kecil
2. Tumiskan bahan tumis dan dimayangkan.
3. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air..biarkan wangi.
4. Masukkan air rebusan daging, tomato sup , susu cair dan daging...biarkan mendidih.
5. Masukkan daun pandan, garam , gula , beras dan kismis
6. Pindahkan periuk Rice Cooker dan biarkan nasi masak saperti biasa.


Bahan- Bahan Air Asam

  • 4 biji tomato ( size sederhana)
  • 10 cili padi
  • 10 cili besar
  • 2 biji bawang besar
  • 2 inci belacan
  • 1 sudu sos temato
  • 1 sudu susu pekat
  • sedikit garam

Cara cara:


1. Hiris halus bawang besar, tomato dan cili besar.
2. Tumbuk cili padi , cili besar dan belacan ( macam nak buat sambal belacan )
3. Masukkan bawang besar, tomata dan cili besar yang telah dihiris tadi ke dalam besan.
4. Tumbuk bahan-bahan tadi sehingga menjadi separa lebam.
5. Kemudian, masuk sambal belacan dan gaulkan bersama-sama bahan yang ditumbuk.
6. Masukkan sos tomata , susu pekat dan juga garam secukup rasa.
7. Gaulkan sehingga sebati. Siap untuk dihidangkan bersama nasi daging


, , ,