May 2015

Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Biskut Badam Coklat Chips

Biskut Badam Coklat Chips

Bahan bahan:

  • 250g mentega
  • 70g gula halus
  • 80g gula perang
  • 1 biji telur
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 60g kacang badam/walnut - dibakar sebentar
  • 40g badam/walnut
  • 250g coklat chips



Bahan Ayak:

  • 300g tepung
  • 10g serbuk koko
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik 
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 50g susu tepung


Cara cara membuat  Biskut Badam Coklat Chips:

  1. Pukul mentega, gula halus, gula perang dan esen vanilla hingga sebati.
  2. Masukkan telur dan telur kuning, pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan bahan yang telah di ayak perlahan-lahan sambil di pukul.
  4. Campurkan badam dan cip coklat, kemudian imasukkan ke dalam adunan.
  5. Gaulkan rata.
  6. Bentukkan mengikut citarasa dan letakkan di atas dulang yang telah di lengserkan dengan mentega.
  7. Bakar selama 20 minit di dalam oven pada suhu 170 darjah selama 20 minit
, , , , , , , , ,

Resepi Biskut Kelapa

 Biskut Kelapa

Bahan-Bahan:

  • 250g mentega
  • 80g tepung jagung diayak
  • 250g tepung naik sendiri diayak
  • 80g kelapa kering, kisar halus
  • 120g  gula kastor
  • 2 biji kuning telur
  • Kelapa kasar
  • Telur putih
  • Ceri merah @ coklat cair 

Cara cara membuat Biskut Kelapa:

  1. Putar mentega dan gula sehingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur. Putar sebati.
  3. Masukkan kelapa kering yang dikisar, diikuti tepung jagung dan tepung gandum.
  4. Kacau sehingga mendapat doh yang lembut. Tambahkan sedikit tepung jika doh agak lembik.
  5. Biarkan doh seketika sekitar 15 minit.
  6. Terap mengikut acuan. Sapu bahagian atas dengan  putih telur dan taburkan dengan kelapa kering.
  7. Bakar di dalam oven  pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit @ sehingga masak.
, , , , ,

Biskut Cream Cheese

Biskut Cream Cheese

Bahan bahan:
  •  250g cream cheese
  • 500g butter
  • 350g tepung gandum
  • 200g gula halus
  • 500g tepung jagung
  • 50g tepung susu
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 250g keju Cheddar diparut

Cara Membut Biskut Cream Cheese:

  1. Pukul Butter dan gula hingga sebati.
  2.  Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pukul Lagi
  3. Masukkan Cream Cheese, tepung susu, dan  tepung( tepung jagung habis baru masukkan tepung gandum)
  4. Uli sebati. Terap dengan acuan ikut citarasa. Tabur keju yang telah diparut di atasnya
  5. Bakar sampai masak.Bakar dlm ketuhar pada suhu 180'c selama 15 minit.
, , , , , , , , ,

Resepi Biskut Gajus

 Biskut Gajus

Bahan-bahannya:-

  • 200 gram mentega
  • 100 gram gula icing
  • 1 biji telur
  • 5 gram esen vanilla
  • 50 gram tepung jagung
  • 100 gram tepung gandum
  • 5 gram garam
  • 10 gram gajus

Cara cara membuat Biskut Gajus:-

  1. Pukul mentega dan gula icing hingga kembang.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla.
  3. Masukkan  tepung gandum, tepung jagung dan garam.
  4. Uli  sebati dan bentukkan seperti gajus.Hiaskan dengan sebiji gajus diatas adunan.
  5. Sapukan telur ke atas biskut tersebut.
  6. Bakar dlm ketuhar pada suhu 180'c selama 15 minit.
, , , , ,

Resepi Biskut Badam

 Biskut Badam

Bahan-bahan:

  •  200g tepung gandum
  • 1 biji kuning telur
  • 200g mentega
  • 150g tepung jagung
  • 100g gula aising
  • 4 sudu badam kisar

Bahan Hiasan:
  • Kuning telur
  • Hirisan badam

Cara cara membuat Biskut Badam:

  1. Putarkan mentega bersama gula sehingga kembang.
  2. Masukkan  tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit. Masukkan telur dan badam kisar
  3. Uli rata hingga menjadi doh yang lembut.
  4. Terap bulat @ sebarang bentuk. Sapu kuning telur dan hiaskan dengan hirisan badam.
  5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius selama 15 minit atau sehingga masak.
, , , , ,