July 2015

Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Resepi Biskut Mazola yang sedap


 Biskut Mazola
Bahan-bahan:
  • 200g tepung gandum
  • 200g kacang tanah
  • 100g gula 
  • 1 botol kecil minyak mazola/secukupnya,
  • Kuning telur
  • Sedikit garam
  • 2 sudu besar peanut butter.
Cara-cara penyediaan biskut mazola
  1.  Kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dikisar halus. Gula dikisar halus.
  2. Gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar. Masukkan garam secukup rasa
  3. Masukkan minyak mazola sedikit demi sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yang lembut.
  4. Lengserkan loyang dengan mentega.
  5. Tekap adunan mengikut citarasa dan susun didalam loyang.
  6. Sapukan kuning telur di atasnya. Letakkan kacang di atas adunan 
  7.  Bakar didalam oven hingga masak kekuningan.
, , , , , , ,

Daging Salai Masak Sos Hitam

 
Daging Salai Masak Sos Hitam
Daging Salai

Bahan-bahan:

  • 1/4 kg Daging salai
  • 1 biji Bawang besar
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1 inci Halia*
  • 3 batang Serai bersaiz diketuk
  • 11/2 sudu Cili boh
  • 1 cawan Santan
  • 3 sudu Kicap Pekat
  • 5 sudu Madu
  • 1/4 cawan Air Asam Jawa
  • sedikit garam
  • Minyak untuk menumis 

Cara-cara menyediakan Daging Salai Masak Sos Hitam  :

  1. Serai diketuk, Potong baji Bawang besar dipotong baji, hiriskan halia dan bawang putih. Nak blend pun bole
  2. Tumis bahan tersebut sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili boh tumis sehingga naik minyak.
  4. Masukkan santan, kicap pekat dan madu.
  5. Masukkan daging salai. Biarkan seketika. Masukkan air asam jawa
  6. Masukkan garam secukup rasa. Tutup Api...Siap!!!

, , ,