August 2015

Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Ayam Masak Merah Simple dan Lazat

ayam masak merah
 AYAM MASAK MERAH

Bahan bahan:

  • 1 ekor ayam – ( digoreng separuh masak )
  • 60 ml santan
  • 250 ml air
  • 3 biji tomato
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 sudu besar sos cili
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Minyak utk menumis
  • Kacang peas

Bahan bahan untuk dikisar:
  • 4 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 15 tangkai cili kering - rebus sebentar

Bahan bahan hirisan:
  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia

Cara-cara memasak Ayam Masak Merah :

  1. Panaskan minyak  dan tumis bahan hirisan sehingga layu. Kemudian masukkan bahan kisaran dan gaul rata. Kemudian masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili. 
  2. Tumis sehingga pecah minyak.
  3. Apabila minyak sudah pecah, masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak. Tidak perlu digoreng terlalu garing kerana ayam akan menjadi liat dan keras. 
  4. Kacau rata dan biarkan untuk seketika. Kemudian masukkan air secukupnya dan masukkan santan untuk memekatkan kuah.
  5. Masukkan garam secukup rasa dan juga buah tomato. Masak sehingga pecah minyak dan boleh tambahkan sedikit gula jika mahu. Tunggu sebentar sehingga masak sepenuhnya.
  6. Ayam masak merah Siap untuk dihidang.
, , , , , ,

Ikan Patin Masak Tempoyak

Ikan Patin Masak Tempoyak
 Ikan Patin Masak Tempoyak



Bahan-bahan:

  •     1 ekor Ikan Patin
  •     15 biji Cili Padi
  •     1 inci Kunyit Hidup
  •     2 sb Tempoyak
  •     Daun kesom
  •     2 keping Asam Keping
  •     Bunga Kantan
  •     Timun
  •     Garam secukup rasa
  •     Sedikit Gula  ( resepi ini mmg x guna bawang..)

Cara-cara penyediaan Ikan Patin Masak Tempoyak :
  1. Kisar cili padi, Kunyit, tempoyak dan air secukupnya
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk, seterusnya masukkan daun kesom, bunga kantan, asam keping dan timun.
  3. Masukkan ikan patin, bila mendidih masukkan garam dan gula secukup rasa
  4. Siap untuk dimakan

 
, , , , , ,

Petua Halau Lalat Hinggap Pada Makanan



Bagi mengurangkan lalat hinggap pada makanan, Isi satu plastik dengan bunga lawang, cengkeh dan kulit kayu manis. Gantung plastik tersebut di ruang makan

Petua Bagi Mengelak Telur Ikan Mudah Hancur



Untuk mengelak telur ikan mudah hancur semasa memasak, Anda perlu basuh terlebih dahulu telur ikan. Kemudian rendam selama 10 minit dalam air kapur. Bilas dengan air bersih, rebus seketika sebelum dimasak. Telur tersebut akan lebih sukar untuk hancur


, ,

Petua Mengelak Nasi Mentah



Sekiranya nasi yang anda masak mentah, Masukkan air dalam cawan letak ditengah periuk tutup semula periuk macam biasa. Tindih periuk dengan sesuatu yang berat untuk menghalang wap keluar dengan cepat..

Insyaallah nasi anda xakan mentah lagi.. Cuba dulu baru tau!!!!