2016

Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Sambal Tumis Sotong Sedap

Sambal tumis sotong

Sambal Tumis Sotong Sedap
Oleh : Shaed

Bahan-bahan:

  • 1 kg sotong - bersihkan dan potong ikut suka
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 1 sudu teh asam jawa
  • 2 sudu  gula 
  • minyak
  • garam 
Bahan kisar:
  • 18 biji cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 biji bawang merah
  • 1 cm belacan
  • 1 cm halia
  • 1 batang serai 

Cara Masak Sambal Tumis Sotong :

Sotong dibersihkan dan potong kecil. Panaskan kuali dan masak sotong sekitar 5 minit. Biarkan air sotong keluar. 

Balik-balikkan sotong supaya air sotong keluar sekata. Keluarkan dan toskan.

Tumis bahan kisar sehingga naik minyak. Masukkan  asam jawa, gula  dan bawang besar
 Masukkan sotong.

Gaul rata semua bahan, perasakan dengan  garam. Tutup api.

Sambal Tumis Sotong siap untuk dijamu.



, , ,

Ikan Siakap Masak Stim

Ikan Siakap Masak Stim

Resepi hari ini ialah Ikan siakap masak stim.Resepi sihat untuk hidangan keluarga.Biasanya kalau dengar stim mesti ingat kena kukus.Tapi resipi Siakap Masak Stim kali ini tak perlu nak kukus bagai,hanya masukkan kesemuanya di dalam kuali.Makan masa panas,rasanya yang masam-masam pedas memang terangkat.


Ikan Siakap Masak Stim
Oleh : Shaed

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan siakap disiang,buang sisik serta dibersihkan
  • 3 inci halia muda dimayang
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 5 biji bawang putih dimayang
  • 5 biji cili padi dihiris nipis
  • 2 batang serai diketuk sedikit
  • 2 tangkai daun ketumbar di potong kasar
  • 2 biji tomato dibelah empat
  • 1/2 biji brokoli di potong kecil
  • 1/2 biji carot dipotong nipis dan memanjang
  • 3 biji limau nipis
  • 3 mangkuk air
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos ikan
  • Sedikit garam

Cara masak  Ikan siakap masak stim

  1. Panaskan kuali dan tuangkan air.Tunggu hingga air mendidih kemudian masukkan ikan.
  2. Selepas itu masukkan halia,bawang besar,bawang putih,cili padi,serai, brokoli dan carot.
  3. Kemudian masukkan sos tiram dan sos ikan.Rasa dulu sebelum ditambah garam kerana sos ikan itu sendiri dah masin.
  4. Biarkan mendidih hingga kuah nampak sedikit pekat.
  5. Akhir sekali perah limau nipis dan masukkan daun ketumbar serta tomato.kacau sebentar dan tutup api
, , ,

Asam Pedas Ikan Pari

Asam Pedas Ikan Pari


Asam Pedas Ikan Pari

Oleh : Shaed

Bahan-Bahan;

  • 1/2 Ekor Ikan Pari 
  • 3 Cawan Air
  • Sedikit Air Asam
  • Garam Secukupnya
  • 9 Biji Bendi
  • 1 Senduk Minyak Masak
  • 1 Batang Serai Diketuk 
  • 1 Biji Bunga Kantan Dibelah Dua 
  • Seikat Daun Kesum 

Bahan Dikisar
  • 15 btg Cili 
  • 5 biji Bawang merah


Cara memasak Asam Pedas Ikan Pari ;


  1. Panaskan minyak, tumis bahan dikisar sehingga garing dan naik bau.
  2. Masukkan air dan air asam jawa, biarkan mendidih.
  3. Masukkan serai, bunga kantan dan daun kesom .
  4. Masukkan ikan pari dan garam secukup rasa.
  5. Apabila ikan dah masak, masukkan bendi.
  6. Apabila bendi dah lembut, tutup api.



, , ,

Asam Pedas Ikan Kembung

Asam Pedas Ikan Kembung
Asam Pedas Ikan Kembung

Bahan 

  • 5 ekor ikan kembung 
  • 1 cekak daun kesum 
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 batang serai  dititik
  • garam 
  • minyak untuk menumis
  • 1/2 cawan air asam
  • 10 batang bendi
  • air secukupnya 

Bahan Kisar

  • 18 tangkai cili kering direndam air panas seketika
  • 9 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 batang cili merah
  • 1 inc belacan

Cara Penyediaan Asam Pedas Ikan Kembung

Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama serai.

Masukkan air asam jawa dan air secukupnya dan biarkan kuah mendidih


Masukkan daun kesum, dan garam secukup rasa


Masukkan ikan. Biarkan ia mendidih dan ikan masak


Masukkan bunga kantan dan bendi. Padam Api. Siap  Asam Pedas Ikan Kembung


, , ,

Resepi Mee Goreng Basah

Mee Goreng Basah
Mee Goreng Basah

Bahan bahan

  • 1 bungkus mee kuning  dibilas dan tos
  • 10 ekor Sotong  dibersihkan potong dan tos
  • 1 paket Fish ball  dibersihkan potong dan tos
  • 1 ikat Sayur sawi jepun  dibersihkan potong dan tos
  •  1 biji tomato dibelah 6 
  • 4sudu Cili kisar 
  •  5sudu Sos cili
  • 1sudu Sos tiram 
  • 1sudu Sos ikan 
  • 1sudu kicap pekat 
  •  5sudu Kicap manis
  • 2sudu Kicap mee 
  • 1cawan air putih 
  • Minyak masak untuk menumis

Bahan  ditumbuk
  • 10bijiCili api 
  • 3ulas bawang putih 

Cara memasak Mee Goreng Basah

Panaskan kuali. Masukkan minyak untuk menumis. Tumis cili kisar dan bahan ditumbuk sampai garing.

Masukkan Sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mee.

Masukkan sotong dan fish ball. Gaul seketika.  Masukkan air putih. Kacau sebati.

Masukkan sayur dan kacau rata. Masukkan mee kuning dan tomato. kacau sebati dan masak.
 Apabila semua dah masak, tutup api.


*Resepi  mee goreng basah skali  ni xpakai garam gula dan aji. Sebab rasa kicap tu semua dah cukup
, ,

Air Sirap Selasih Longan

Air Sirap Selasih Longan

Air Sirap Selasih Longan


Bahan bahan

  • 1sudu Sirap 
  • 3sudu Gula  
  • 1paket biji selasih 
  • 1tin buah longan 

Cara membuat Air Sirap Selasih Longan

  1. Bancuh gula bersama sirap,  biji selasih dan  air panas. Biarkan biji selasih kembang seketika.
  2. Masukkan ais batu dalam jug.
  3. Tuangkan buah longan  dan airnya ke dalam jug
  4. Masukkan bancuhan sirap selasih tadi kedalam ais longan.
  5. Air Sirap Selasih Longan sedia diminum
, , , ,

Resepi Ayam Masak Kurma

Resipi Ayam Masak Kurma, hidangan yang selalu ada  setiap kali kenduri. Hidangan mudah disediakan dan sedap, Bagi mendapatkan rasa Resepi Ayam Masak Kurma yang terbaik, pastikan anda menggunakan ayam dan santan  yang segar
Ayam Masak Kurma
Ayam Masak Kurma


Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 3 sudu rempah kurma ayam
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 biji tomato dipotong 4
  • 2 biji kentang
  • 1 biji lobak merah dipotong memanjang 3cm
  • air asam jawa

Bahan dikisar:
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawan merah
  • 2 cm halia

Rempah tumis 
  • kulit kayu manis
  • buah pelaga,
  • bunga lawang

Cara Penyediaan Ayam Masak Kurma :

Panaskan minyak, masukkan bahan kisar, rempah tumis dan rempah kurma ayam, kacau sehingga pecah minyak.

Masukkan ayam kacau rata, biarkan ayam sedikit masak. Masukkan kentang dan lobak merah dan air asam jawa.

Apabila kentang dan lobak sudah empuk, masukan santan. Kacau dan biarkan mendidih.

Masukkan tomato, garam dan gula secukup rasa. Tutup Api. 


Ayam Masak Kurma siap untuk dihidang.
, , ,

Kuih Cara Manis

Kuih Cara Manis
Kuih Cara Manis
 kuih cara manis mudah disediakan. santan bole guna santan kotak, tak perlu bersusah payah nak memerah kelapa. Cukup untuk juadah minum petang kami bersama Kuih Cara Manis

Bahan bahan :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 cawan santan
  • 2 biji telur
  • 3 helai daun pandan
  • Sedikit pewarna hijau
  • Garam secukupnya

Cara memasak Kuih Cara Manis :

  1. Panaskan acuan kuih cara diatas dapur.
  2. Blander daun pandan bersama santan, tapis. 
  3. Masukkan gandum, telur dan garam, santan ke dalam satu bekas dan kisar semua bahan sehingga sebati . Tapis utk memastikan adunan tidak berketul 
  4. Masukkan adunan ke dalam acuan yang telah dipanaskan , perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.
  5. Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk, tunggulah hingga masak.
  6. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.
  7. Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2.



, , ,

Resepi Lempeng Kelapa

Lempeng Kelapa
Lempeng Kelapa

Bahan-Bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 cawan kelapa parut
  • 2 cawan air
  • garam secukup rasa

Cara Membuat Lempeng Kelapa :

Satukan semua bahan. Kacau hingga rata. Tambah air jika perlu dan ketepikan seketika.
Panaskan non-stick pan, sapukan dengan sedikit minyak masak.

Sendukkan adunan ke dalam non stick pan dan ratakan. Masak diatas api yang sederhana.
Terbalikkan lempeng dan masak lagi hingga sedikit garing.

Lempeng Kelapa siap untuk dihidang bersama Sambal Tumis Ikan Bilis
,

Sambal Tumis Ikan Bilis

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Sedap dan Tahan Lama.
Sambal Tumis Ikan Bilis
Sambal Tumis Ikan Bilis


Bahan bahan:

  • 1 mangkuk ikan bilis dibasuh dan tos
  • 1/2 mangkuk cili kisar
  • Air asam jawa 1 sudu kecil pes asam jawa
  • Garam
  • 3 sudu  gula 
  • Sedikit gula Melaka  supaya rasa lemak

Bahan A dikisar
  • 3 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih 

Cara cara memasak Sambal Tumis Ikan Bilis:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan A sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili, masak dengan api perlahan. Proses yang sangat penting untuk memastikan keenakan dan juga ketahanan sambal.
  3. Setelah garing, masukkan sedikit gula dan kacau rata.
  4. Masukkan air asam jawa dan ikan bilis. Biarkan masak dengan api perlahan.
  5. Masukkan gula selebihnya dan garam secukup rasa. Masukkan bawang besar dihiris bulat.. ( Jika suka ) .
  6. Siap untuk dimakan bersama Nasi Lemak
,

Rahsia Menyediakan Nasi Lemak Sedap

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis dan Nasi Lemak Sedap dan Tahan Lama.


Nasi Lemak Sedap Dan Tahan Lama

Nasi Lemak Sedap
Nasi Lemak Sedap

Bahan bahan :

  • Beras - basuh dan tos
  • 1 helai daun pandan dicarik dan disimpul
  • Sedikit Garam
  • 2 inci halia dihiris
  • 1 cawan santan pekat

Cara cara memasak Nasi Lemak Sedap Dan Tahan Lama:

Beras dibasuh dan toskan.

Masak nasi dengan air secukupnya. Sukatan air bergantung kepada beras seperti memasak nasi biasa. 

Masukkan garam dan juga daun pandan. 

Masukkan dalam rice cooker dan masak seperti biasa.



, ,

Resepi Daging Masak Halia

Daging Masak Halia
Daging Masak Halia

Bahan bahan

  • 500g daging dihiris nipis  
  • 3 sudu kicap lemak manis
  • 2 inci halia - dihiris nipis 
  • 1 ulas bawang putih dipotong dadu
  • 1 sudu Worcestershire sauce
  • sedikit garam
  • 1 cawan air
  • 2 pokok daun bawang 
  • Minyak 

Cara memasak Daging Masak Halia

  1. Panaskan kuali, Tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan daging  dan air. Kacau sehingga kering airnya  (kalau daging masih keras, tambah air and tutup kuali tu dengan tuding periuk) biar sehingga daging empuk.
  3. Masukkan kicap dan worcestershire sauce dan sedikit garam
  4. Apabila dah masak, tutup api dan masukkan daun bawang. Kacau seketika
  5. Siap Daging Masak Halia untuk dijamu bersama nasi.
, , ,

Asam Pedas Melaka Asli

Asam Pedas Melaka
Asam Pedas Melaka


Bahan bahan :

  • 4 ketul ikan pari / parang / tenggiri dibasuh bersih
  • 3 batang serai  dititik
  • 1 sudu teh halba 
  • Daun kesum 
  • Bungan kantan
  • Bendi / terung 
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak utk menumis

Bahan dikisar

  • 5 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 2 cm halia
  • 15 cili kering kisar
  • 3 cm belacan 
  • 2 cm kunyit hidup 
  • 1 sudu lada hitam

 

Cara memasak Resepi Asam Pedas Melaka  :

  1. Panaskan minyak dan tumis halba sehingga kekuningan. Masukkan bahan dikisar dan serai. Tumis sehingga garing dan pecah minyak.
  2. Masukkan gula, daun kesum dan bunga kantan.
  3. Masukkan ikan, kacau seketika. Masukkan air asam jawa.
  4. Masukkan bendi. Perasakan dengan garam dan  biar dia mendidih.
  5. Asam Pedas Melaka siap untuk dihidang bersama nasi panas.
, , , , ,

Onde onde Buah Melaka

Onde onde Buah Melaka
Onde onde Buah Melaka

Bahan-Bahan: 
  • 1 kgTepung pulut 
  • 5 helai daun pandan
  • Gula melaka dipotong kecil
  • 1/2 biji kelapa muda parut
  • Sedikit garam - untuk gaul dengan kelapa parut
  • Sedikit kapur 

Cara cara membuat Buah Melaka 

  1. Daun pandan di blend dan ambil jusnya. Kelapa parut diambil bahagian putih sahaja. Sedikit garam digaul bersama kelapa parut.
  2. Bancuh tepung pulut dengan air daun pandan dan air kapur sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan.
  3. Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula Melaka. Tutup adunan  dan gentel menjadi bentuk bulat.  
  4. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih.
  5. Masukkan bebola tepung tadi dan tunggu sehingga ianya timbul di permukaan air, cedok dan keluarkan.
  6. Toskan dan masukkan ke dalam pinggan kelapa parut. Golek sehingga ianya bersalut dengan kelapa. Siap untuk dihidangkan. 


, , , ,

Ayam Masak Bali

Ayam Masak Bali
Ayam Masak Bali

Bahan bahan Ayam Masak Bali

  • 1 ekor Ayam
  • 6 ulas bawang merah
  • Kicap pekat
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 helai daun limau purut
  • Asam keping
  • Minyak masak
  • Garam dan gula
  • 1 batang serai diketuk)

Bahan A
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu teh ketumbar 
  • 1 sudu teh jintan manis 
  • 1 sudu teh jintan kasar
  • Cili kering
  • 2 batang serai 

Cara-cara memasak Ayam Masak Bali

  1. Kisar bahan A, gaul bersama kunyit dan kicap pekat. Perap ayam bersama bahan tersebut.
  2. Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap. 
  3. Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. 
  4. Masukkan daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup api.
  6. Ayam Masak Bali Siap untuk dihidangkan. 
, ,

Tumis Labu Air

Tumis Labu Air
Tumis Labu Air

Bahan-bahan 


  • Sebiji labu air 
  • Setengah cekak  so'un
  • Semangkuk kecil isi ayam dihiris nipis
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam, 
  • Minyak utk menumis

Bahan A
  • 7 biji bawang merah  dihiris
  • 5 ulas bawang putih  dihiris
  • 2cm halia muda  dihiris


Cara-cara


  1. Labu air dibuang kulit dan dipotong dadu.
  2. panaskn minyak,tumis bahan A hingga wangi. Masukkan isi ayam dan goreng hingga ayam layu. 
  3. Masukkan 2 mangkuk air. Biar mendidih seketika, kemudian  masukkan labu air. selepas 3 minit masukkan so'un, serbuk lada hitam, garam dan gula  secukup rasa. Biarkan mendidih seketika. 
  4. Tutup api dan tutup rapat periuk dlm 5 minit utk empukkan labu. 
  5. kemudian renggangkn tutup periuk utk elakkan labu jd lembik.
,

Lala Masak Serai


Lala Masak Serai
Lala Masak Serai

Bahan bahan:

  • 500g lala  dibersihkan dan toskan
  • 3 ulas bawang putih  diketuk
  • 1in halia  dipotong panjang
  • 5 biji cili api diketuk
  • 3 batang serai  dipotong serong
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • Daun bawang
  • Tomato 
  • Garam dan gula 
  • Minyak


Cara memasak:


  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia hingga harum. 
  2. Masukkan serai dan cili api. Kacau seketika
  3. Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. 
  4. Kacau rata dan masukkan lala. Kacau sekejap sehingga cengkerang lala berubah warna.
  5. Masukkan bawang besar, tomato dan daun bawang.
  6. Padamkan api dan kacau sekejap. Siap untuk dihidang

Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api

Pucuk Paku Masak Lemak
Pucuk Paku Masak Lemak

Bahan-Bahan:

  • 2 ikat sayur pucuk paku
  • 1 mangkuk  santan pekat
  • 1 sudu udang kering
  • 5 biji cili padi
  • 1inci  kunyit hidup
  • garam 

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan dan potong pucuk paku daun dan batang yang lembut   anggaran 1in panjang.
  2. Tumbuk cili api dan kunyit. Ketepikan.
  3. Rendam sekejap udang kering dan tumbuk kasar.
  4. Panaskan periuk, masukkan santan dan bahan ditumbuk ke  dalam periuk. 
  5. Masak dengan api perlahan dan kacau sehingga mendidih.
  6. Masukkan pucuk paku dan masak sehingga lembut. 
  7. Masukkan garam secukup rasa.
,

Telur Dadar Bermayonis

Telur Dadar Bermayonis
Telur Dadar Bermayonis

Bahan bahan


  • 3 biji telur
  • 3 sudu besar mayonis
  • 1 labu bawang besar dipotong dadu
  • 2 biji cili merah dibelah dua dan hiris
  • daun saderi dihiris
  • sedikit garam
  • sedikit minyak


Cara Memasak Telur Dadar Bermayonis :


  1. Panaskan minyak.
  2. Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk dan masukkan mayonis.
  3. Pukul hingga sebati.
  4. Masukkan bahan2 lain dan gaul  sehingga sebati.
  5. Tuang adunan telur dalam kuali dan goreng hingga telur dadar bermayonis masak.
, ,

Telur Masak Kicap

Telur Masak Kicap
Telur Masak Kicap

Bahan bahan:-)

  • 5 biji telur 
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 1 biji cili merah dihiris
  • 1 biji cili hijau dihiris
  • 1 sudu  sos tiram
  • 1 cawan air
  • 4 sudu kicap lemak manis Jalen

Cara memasak :-)

  1. Masak telur menjadi telur goreng mata kerbau, toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. 
  3. Masukkan  sos tiram, cili merah dan hijau. Kacau rata dan masukkan air. Biar mendidih.
  4. Masukkan kicap, kacau dan masukkan telur mata kerbau, kacau perlahan. 
  5. Masak dengan api kecil.
  6.  Masak sekejap, tutup api. 
  7. Hidangkan Telur Masak Kicap bersama nasi hangat atau bubur..
,

Gulai Lemak Telur Masin

Gulai Lemak Telur Masin
Gulai Lemak Telur Masin

Bahan bahan :

  • 5 biji telur itik
  • 5 cawan santan
  • 2 batang serai 
  • 1 helai daun kunyit
  • Garam 

Bahan ditumbuk lumat :
  • 9 biji cili api
  • 1 inci kunyit hidup
  • sedikit garam


Cara memasak Gulai Lemak Telur Masin :

  1. Masukkan  santan bersama bahan ditumbuk ke dalam periuk. Masak sehingga kuah santan mendidih. Masukkan daun kunyit dan serai.
  2. Pecahkan telor dalam mangkuk berasingan dan masukkan dalam periuk satu persatu. Perlahankan api dan tutup periuk. 
  3. Kacau semula selepas 4 minit secara perlahan2 dan pastikan telor tidak melekat didasar periuk. 
  4. Perasakan dengan garam dan bila telur dah cukup masak,padam api.
, , ,

Resepi Sotong Goreng Kari

Sotong Goreng Kari
Sotong Goreng Kari

Bahan-bahan:

  • 1 sudu setengah rempah kari daging 
  • 3 ekor  sotong saiz besar dibasuh dan potong
  • 1 ketul kiub pati ayam
  •  Kacang panjang  dipotong pendek
  • Gula dan garam 

Bahan A :

  • 1/2 biji bawang besar dipotong bulat
  • 2 ulas bawang putih 
  •  2 biji bawang merah dipotong bulat
  • 4 biji cili padi ditumbuk

Cara-cara  memasak Resepi Sotong Goreng Kari:

  1. Tumis bahan A sampai naik bau. Masukkan rempah kari.
  2. Bila rempah dah masak, masukkan  sotong, kiub ayam dan sayur.
  3. Perasakan dengan gula dan garam.
  4. Kacau seketika. Apabila sotong dah masak tutup api.
  5. Resepi Sotong Goreng Kari Siap!
, ,

Asam Pedas Ikan Jemuduk


Asam Pedas Ikan Jemuduk
Asam Pedas Ikan Jemuduk

Bahan bahan :

  • 1 kg ikan jemuduk 
  • 1/2 mangkuk air asam jawa
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Bendi
  • Garam dan gula secukupnya

Bahan kisar :

  • 150 gm cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • Sedikit kunyit hidup
  • Sedikit belacan

Cara memasak Asam Pedas Ikan Jemuduk

  1. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan ikan dan gaul rata. Masukkan pula air asam jawa, bunga kantan dan daun kesum.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Biarkan mendidih dan masukkan bendi. Tutup api. 
, ,