January 2016

Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Bubur Lambuk Johor

Bubur Lambuk Johor

Bahan bahan :

  • 1 cawan beras siam
  • 1 sudu rempah kurma (Baba's)
  • 12 cawan air
  • 1 cawan santan
  • 1 helai daun pandan, simpul
  • 1 kiub ayam
  • 1 sup bunjut Adabi
  • 1 cawan kacang kuda
  • 1 sudu teh lada hitam dikisar halus
  • 1 cawan mix vege (karot. jagung, kacang pis)
  • 2 genggam pucuk paku merah 

Bahan tumis
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 batang serai diketuk


Bahan kisar halus
  • 2 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih

  • 1/2 inci halia

BAHAN SAMPINGAN :-)
  • Hirisan daun sup
  • Hirisan daun bawang
  • Bawang goreng
  • Telur didadar nipis dan  mayang halus
  • Serunding secukupnya (cm guna serunding daging)
  • Sedikit serbuk lada hitam...

Cara membuat Bubur Lambuk Johor


Beras dicuci dan toskan. Kacang muda direndam semalaman dan toskan.

Satukan bahan kisar halus dengan rempah kurma, kacau rata sehingga menjadi pes. 
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumis  sehingga harum. Masukkan pes rempah dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan beras, gaul rata.

Tuang air, masukkan daun pandan, sup bunjut, kiub ayam, kacang kuda dan isi ayam. Kacau rata dan masak hingga beras kembang menjadi bubur dan kacang kuda empuk. 

Tambah mix vege, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Masuk santan, kacau dan jika suka cair, boleh tambah sedikit air. 

Masukkan daun pucuk paku merah, kacau rata dan rasa, jika semua dah ok, tutup api. 
, , ,