Mee Goreng Mamak

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Mee Goreng Mamak

Mee Goreng Mamak
Mee Goreng Mamak


Assalamualaikum. Okay hari ni resipi kita ialah mee goreng. Tapi bukan mee goreng biasa, kita nak buat mee goreng mamak. Bukan apa, tadi sambil lepak lepak di kedai mamak, terpandang la seorang mamak ni sedang bertungkus lumus menyiapkan pesanan makanan pelanggan dia. Ketang ketung ketang ketung bunyi kuali dengan sudip dia. Macam nk bocor kuali tu dia hentak. Dan hasilnya, mee goreng mamak yang sangat sedap.

Di Malaysia ni, ada dua jenis mee goreng yang popular iaitu mee goreng basah dan mee goreng mamak. Kalau sebut, mesti semua orang tahu. Tidak kisah lah melayu, cina atau india comfirm tahu punya. Tapi kena tahu taw, walaupun dua dua menggunakan mee kuning sebagai bahan asas, tetapi rasa dan rupanya tidak sama.

Mee goreng mamak biasanya lebih kering berbanding dengan mee goreng basah. Dan selalunya mee goreng mamak ni, dia ada letak kentang yang dah direbus. Ada sesetengah orang cakap, mee goreng mamak ni, dia ada letak sedikit serbuk kari. Biasalah..mamak dan kari berpiasah tiada.

Buat masa ni, belum jumpa lagi lah kedai yang dapat buat mee goreng mamak paling power, selain daripada kedai mamak. Sebab tu kedai mamak kat malaysia ni makin bertambah, umpama cendawan tumbuh selepas hujan.

Mee goreng mamak ni, sesuai dimakan untuk sarapan atau pun makan malam. Sebab nya mee goreng mamak ni ringkas tetapi masih boleh mengeyangkan. Harganya pun kalau di kedai kedai makan tidak lah terlampau mahal. Sesuai untuk mereka mereka yang nak berjimat tu.
Orite, jom kita start masak mee goreng mamak.


Bahan-bahan (hidangan sepinggan)
  • 1/3 daripada sebungkus mee kuning 450gram (paling sesuai mee kuning cap wau)
  • 1/2 biji tauhu lembut. kalau tak jumpa, tauhu biasa pun boleh
  • 2-3 tangkai cili api di ketuk
  • 1 sudu besar cili kisar atau cili boh
  • 1 biji bawang merah dimayang
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1/2 biji tomato hiris kepada 8
  • 2 helai daun sawi ketuk bahagian batangnya dan potong kecil kecil
  • 1 1/2  sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil maggi cukup rasa atau serbuk perasa (kalau tak nak taruh pun tak apa)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar minyak untuk menumis
  • Sebiji kentang dipotong dadu dan direbus
  • Setengah sudu serbuk kari
  • sedikit kubis dicincang nipis
  • sedikit tauge
  • sedikit air
  • kicap secukup rasa (mesti kicap brand BILAL. Kalau tak ada gantikan dgn Tamin. Tapi BILAL paling best. Tapi kalau tiada sangat, kicap manis apa apa jenama pon boleh)


Cara menyediakan Mee Goreng Mamak

Gunakan api sederhana. Masukkan minyak dalam kuali tak perlu tunggu panas, potong tauhu terus  masukkan dalam kuali. Bila tauhu dah agak-agak separuh masak masukkan bawang putih dan bawang merah. Kacau-kacau sikit bagi semua bawang kena minyak.

Bila bawang sedikit layu, masukkan cili kisar dan serbuk kari. Tumis bagi pecah minyak. Masukkan kubis diikuti oleh tomato, cili api dan sawi. Gaul sebati.

Masukkan mee kuning (cuci dengan cara lalukan air paip - sekejap je). Gaul sebati kemudian masukkan gula dan cukup rasa. Gaul lagi bagi gula dan cukup rasa sebati dengan bahan-bahan lain.

Masukkan tauge. Gaul dan tuangkan kicap BILAL sikit-sikit. Jangan sampai hitam sangat ye. Kalau hitam sangat nanti mee jadi pahit. Gaul sebati.

Masukkan sedit air agak-agak dalam 1/3 cawan. Kalau nak basah lebihkan air. Lepas anda masukkan air, warna mee akan jadi cerah sikit. Kalau anda rasa kurang gelapnya bolehlah tambah kicap sikit lagi dan masukkan kentang yang sudah direbus. Gaul lagi kemudian tolak semua bahan ke tepi dan masukkan telur. Lepas masukkan telur terus je gaul sebati. Jangan tunggu telur mengeras.(Step last ni kena cepat untuk elakkan mee kembang sebab kita dah buh air. Kalau boleh slowkan api masa ni). Padamkan api, sedia untuk dihidang.

Proses masak mee goreng mamak ni tak lama. Dalam masa 5 minit dah boleh siap. So, dinasihatkan agar prepare semua bahan bahan yang diperlukan dahulu and potong siap siap. Kalau mee lama sangat dalam kuali, nanti boleh kembang. Dah jadi tak berapa sedap.  Lepas tu kalau rajin hiaslah dengan potongan timun dan daun bawang serta daun sup. Nak tabur bawang goreng pun ok jugak. Akhir kata, selamat mencuba.
, , ,