Resepi Sayur Campur

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Resepi Sayur Campur

Hye Assalamualaikum.
Diharapkan semua yang membaca berada di dalam keadaan yang sihat dan bahagia bersama keluarga tersayang. Hari ini kita akan mempelajari satu resipi yang ringkas tetapi sungguh sedap untuk dimakan bersama nasi. Orang kata, untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat kita haruslah menjaga pemakanan kita. Apa yang kita makan itu haruslah dapat memberi zat zat serta vitamin vitamin yang badan kita perlukan. Diet bukan lah jaminan untuk mendapat tubuh badan yang sihat, tetapi apa yang kita makan juga harus kita titik beratkan. Ingat ye kawan kawan....

Selama ni kita asik belajar membuat hidangan ikan dan ayam je kan. Sebenarnya ada sesuatu yang kita terlupa. Biasa lah manusia kan...apa yang kita tak suka mesti kita selalu lupa kan. Betol tak? Baik mengaku cepat! Nak tahu apa yang kita terlupa...baca sampai habis.

Pernah dengar tak orang cakap pasal hidangan sepinggan lengkap? Mesti ada yang pernah dengar and ada yang tak pernah dengar kan. Maksud hidangan lengkap ialah satu hidangan yang mempunyai keseimbangan nutrien dan zat yang diperlukan oleh badan. Antara nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita ialah karbohidrat, lemak, protein, vitamin dan garam mineral yang harus diambil pada kuantiti tertentu. Sebab itu kalau korang ingat balik zaman kecik kecik dulu, mak kita kalau masak mesti ada ayam atau ikan, sayur dan nasi. 

Lepas tu kalau korang tak makan sayur diorang akan marah korang. Semua tu sebab nak pastikan korang dapat zat dan vitamin yang cukup. Kalau makan sepinggan nasi tu, biarlah ada ayam atau ikan lepas tu sayur sekali. Ini tidak, sayur semua campak tepi lepas tu makan ikan dan ayam je. So bagi sesiapa yang berperangai seperti ini, bawak bawak la bertaubat ye. Belajar lah makan sayur tu. Biar badan sihat dan otak pun cerdas.

Kalau korang perasan, sebenarnya sayur sayuran lah yang memberi warna yang menarik dalam hidangan. Nampak menyelerakan je hidangan tu kalau ada sedikit sayur sayuran sebagai penyeri kan. Korang tak percaya? Cuba tengok iklan burger McD kat tepi tepi jalan tu. Mesti ada salad kat tengah tengah kan. Nampak segar je sayur salad dia. Macam baru lepas petik dari kebun je kan. Itu yang membuat korang tertarik nak pergi membazir duit beli burger McD tu kan. Betol tak...

So kesimpulannya, hiasi lah makanan kita dengan sayur sayur yang berkhasiat. Hidangan bertambah enak dan badan bertambah sihat. Sebenarnya borak panjang panjang ni untuk tarik perhatian korang untuk belajar memasak sayur yang sedap sedap. Macam resipi kita hari ini, sayur campur. Jom kita memasak!!!



Sayur Campur
Resepi sayur campur

Bahan bahan:
  • 2-3 batang kacang panjang
  • 3- 4 batang jagung muda
  • 1/2 batang karot
  • 1 biji cili merah
  • 1 ekor sotong
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit sos tiram
  • Serbuk perasa
  • Garam


Cara memasak :
1. Panaskan minyak dan goreng sotong sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang bawang yang dihiris sehingga wangi.
3. Masukkan karot dan putik jagung. Kacau rata dan akhir sekali masukkan kacang dan sotong yang telah digoreng. Masukkan sedikit sos tiram, garam dan serbuk perasa secukup rasa.
4. Masukkan pula cili merah sebagai penambah warna dan bolehlah tutup api.

Siap untuk dihidang! Selamat mencuba.
, , ,