Sayur Bendi Goreng Ikan Bilis

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Sayur Bendi Goreng Ikan Bilis

Hye Assalamualaikum.
Dah bosan ke baca celoteh saya yang agak panjang ni? Mesti tak kan. Terima kasih ye kepada semua yang masih minat untuk menggunakan resipi dari saya sambil dengar celoteh saya. Apa yang anda tengah baca ini semua nya lahir dari hati. Bukan lah paksaan untuk menyambungkan sel sel otak bagi menghasilkan beberapa perenggan. Jauh sekali sampai nak hantuk hantuk kepala kat dinding bagi keluar idea. Karut semua tu! Semua idea idea tulisan celoteh ini adalah inspirasi daripada perjalanan hidup...pengalaman sendiri...pemerhatian mata...dan sesi luahan luahan hati daripada kawan kawan rapat.

Seronok sangat ke menulis ni? Huish!!! Seronok gila. Kadang tengah stress then saya menulis nak bagi hilang stress. Sebab sambil tengah menulis ni saya dapat muhasabah diri saya sendiri. Kadang kadang tengah happy pon saya menulis juga. Semestinya nak berkongsi rasa gembira dengan korang semua. Dan andai tengah sedih, menulis lah yang menjadi ubat. Sebab masa tengah tengah tulis ni akan terfikir mungkin ada orang yang lebih sedih dari aku. Disebabkan semua ini, saya nak berterima kasih sangat sangat kepada yang suka membaca kisah dan resipi yang ada dalam ni. Boleh tulis di ruangan komen andai nak suruh buat resipi apa apa atau nak tegur kesilapan dalam penulisan saya. Feel free to do that!

Tapi macam mana boleh gabungkan celoteh dan resipi? Celoteh tu hobi. Memang suka membebel. Hahaha. Boleh sampai bengkak telinga tau kalau saya dah start celoteh. Dan resipi pulak sebab minat. Tak tahu kenapa tapi memang minat betol lah kat memasak ni. Sehari tak masak rasa macam tak best. Rasa rindu je kat dapur tu. Kadang kadang kalau memang busy tak sempat masak, dapat tengok dapur pon jadi lah... Kalau dah hari hari masuk dapur mesti lah sampai dah tak tahu nak masak apa kan. Tak kan nak masak benda sama je hari hari. Bosan la semua orang nanti. Itu yang membuatkan saya cari resipi resipi yang ada di malaysia ni. Then saya cuba buat dulu. Bila dah jadi, saya share dengan korang. Lagi banyak kita share, lagi banyak ilmu kita dapat.

Okay kita masuk bab resipi baru pulak ye. Kalau hari tu saya dah bagi resipi sayur campur, hari ini kita teruskan lagi dengan resipi sayur juga. Biar badan tu sihat. Bagus makan sayur ni terutamanya untuk anak anak yang baru nak membesar. Resipi sayur hari ini ialah sayur bendi gorengikan bilis. Dari pemerhatian saya, hidangan ini merupakan antara kegemaran rakyat Malaysia terutamanya orang melayu. Rasanya sangat sedap dan cara membuatnya sangat ringkas. Jom kita belajar memasak sayur bendi goreng ikan bilis.


Sayur Bendi Goreng Ikan Bilis
Sayur bendi goreng ikan bilis.
(4 orang makan)

BAHAN-BAHAN :
  • 15 biji kacang bendi
  • 1 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji cili api
  • 2-3 genggam ikan bilis - rendam sekejap bagi lembut
  • 1-2 sudu besar sos tiram


CARA MEMASAK :

1. Tumbuk lumat bawang merah ,bawang putih dan cili api kemudian ketepikan dulu . Nak mudah boleh kisar dengan blender.
2. Bersihkan kacang bendi dan potong menyerong . Bersihkan semua ikan bilis dan digoreng garing , tos dan ketepikan . Bawang besar dikupas kulit dan dipotong nipis-nipis .
3. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan tumis bahan tumbuk/kisar sampai naik wangi . Masukkan  bawang besar dan kacau serta biarkan sampai bawang besar layu .
4. Masukkan semua kacang bendi dengan sos tiram dan kacau , jika bendi nampak sedikit kering boleh ditambah minyak masak lagi .
5.  Bila kacang bendi dah separuh masak boleh la dimasukkan semua ikan bilis yang sudah digoreng tadi . Tambah sedikit garam jika perlu. Kacau semua bahan dan bila sayur bendi dah masak baru la di tutup api dapur .

Sedia dihidang. Selamat mencuba.
, ,