Sotong Kukus Limau

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Sotong Kukus Limau

Hye Assalamualaikum.

Bertemu lagi kita untuk resipi seterusnya. Korang dah cuba belum semua resipi yang saya bagi? Menjadi ke tidak? Jangan lupa cuba ye. Ilmu yang ada ni kalau tak di praktikkan...nanti mudah lupa taw. Lagi pon senang senang je kan resipi nya. Saya pon jarang nak memasak hidangan yang susah susah tu. Bukannya apa...masa tak banyak sangat nk siapkan hidangan yang susah susah tu kalau waktu hari bekerja ni. Lain lah kalau hujung minggu, masa banyak. Pagi boleh pergi pasar dulu cari bahan bahan segar...balik boleh terus memasak. Kadang kadang kalau hujung minggu ni...pukul 11 dah turun ke dapur. Kenyang masa sarapan pagi tadi pon tak hilang lagi tapi dah mula masak untuk tengah hari.

Hari ni saya nak kongsi resipi masakan thai lah. Kalau cakap masakan thai je...mesti semua orang dah terbayang tom yam kan. Tapi hari ni kita bukan nak masak tom yam. Yang itu mungkin lain kali. Rasanya ramai je penduduk Malaysia ni sukakan masakan thai. Kalau keluar makan...tengok kedai thailand penuh je orang datang. Meja pon sampai tak cukup. Tak kisah lah kedai yang mahal sikit ke atau kedai makan biasa mesti ramai orang punya. Antara kedai masakan thai yang saya suka pergi dan memang sedap ialah Absolute Thai dan Sukhumvit. Haa...dua dua ni memang popular saya rasa dan memang sedap. Kalau ada bajet lebih hujung bulan tu boleh la cuba.

Berbalik kepada resipi kita, hari ni saya akan kongsikan masakan berasaskan makanan laut. Makanan laut ni apa ye? Makanan laut ni ialah ikan...udang..sotong..kerang..kepah dan macam macam lagi yang hidupnya di dalam air. Tapi yang memang biasa dan mudah didapati ialah ikan. Tapi untuk hari ini resipi kita memerlukan sotong. Sotong ni antara makanan laut yang paling sedap. Lagi lagi kalau sotong itu masih fresh. Susah juga untuk dapat yang masih fresh. 

Kalau ada yang sanggup menunggu pagi pagi di pasar borong boleh lah dapat yang fresh. Tak pun pergi terus ke jeti jeti di mana para nelayan naik kan hasil tangkapan mereka. Kalau ada kelapangan kadang kadang saya pergi juga ke kuala selangor untuk mendapatkan ikan, udang dan sotong yang segar. Tapi kalau dah tak de masa sangat pergi je giant atau tesco, boleh juga dapat semua tu. Cuma ikut rezeki masing masing la. Kadang kadang ada yang di jual segar, kadang kadang ada yang dah tak berapa segar.

Okay cukup dengan segala bebelan saya kita akan teruskan dengan resipi saya. Nama resipi saya hari ini ialah sotong kukus limau ala thai. Sedap dimakan masa tengah panas bersama nasi.

Sotong Kukus Limau
Sotong Kukus Limau

Bahan-bahan
  • sotong
  • Cili merah, hijau
  • sos ikan
  • limau nipis
  • daun ketumbar (akar sekali)
  • gula
  • bawang putih
  • daun pudina
  • lengkuas
  • serai


Cara masakan

1. Cuci sotong bersih-bersih
2. Hiris hiris badan sotong tapi jangan sampai terbelah.
3. Susun sotong dalam bekas untuk kukus kemudian letak lengkuas, serai (potong), akar ketumbar dan sedikit bawang putih. Letakkan atas sotong
4. Kukus dan buka api paling kuat, dah masak buang air sotong.

Sos
Masuk 1 sudu besar gula, 3 sudu besar air limau, 2 1/2 sos ikan, satu ulas bawang putih dan cili padi potong. Kacau sehingga hancur.

Sos dah siap tuang atas sotong yang kita kukus tadi, angkat dan taburkan daun ketumbar dan daun pudina hias dengan potong sedikit limau nipis2 letak atas. Siap untuk dihidang.
, ,