Rendang Kerang Pedas

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Rendang Kerang Pedas

Hye Asaalamualaikum

Macam mana hari hari korang? Best ke tak best? Hope semuanya berjalan dengan lancar ye. Kalau ada masalah tu selesaikan lah baik baik. Kalau tengah bahagia tu...kekalkan lah. Okay lah kita teruskan dengan resipi kita ye. Kalau yang lepas kita dah masak sambal tumis kerang, kita teruskan lagi dengan edisi kerang ye. Kali ini kita akan mencuba rendang kerang pulak.

Sebelum kita teruskan dengan resipi kita cerita sikit pasal kerang ye. Biasanya kalau kita masak rendang kerang...kita akan buang cengkerang dia. Kita akan masak isi kerang tu sahaja. Ada tips taw kalau nak masak isi kerang sahaja. Nak tahu ke? Okay tips dia ialah...Andai kita nak ambil isi kerang tu sahaja, kalau boleh kerang tu jangan direbus. Nanti ia menjadi terlalu masak dan tak sedap. Sebaliknya selepas dibasuh bersih, terus masukkan ke dalam kuali. Tanpa air. Nyalakan api dan tutup kuali tadi. Selepas beberapa minit, buka penutup dan kacau rata. Setelah kerang mula terbuka, bolehlah padamkan api dan sedia untuk dikopek isinya. Kalau boleh, jangan beli isi kerang yang telah dikopek. Kita tak tahu kebersihannya. Ada ketika, ianya berbau hanyir. Amalkan lah tips ni inshaAllah makan anda menjadi lebih sedap.

Lagi satu, korang tahu tak yang kerang ni bagus untuk perempuan mengandung? Ha....jangan terkejut. Ini fakta taw. Biasanya ibu mengandung ni dia akan hadapi masalah kurang darah. So...kerang ni boleh jadi salah satu penyelesaian. Kerang dapat menstabilkan balik masalah kurang darah kepada ibu mengandung. Kepada ibu ibu yang mengandung tu, boleh lah rajin rajin makan kerang. Tapi korang kena pastikan kerang itu bersih dan daripada sumber air yang tidak tercemar. Sebabnya, kerang yang kotor dan daripada sumber air yang tercemar boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kandungan.

Orite sampai sini je kita berceloteh ye. Kita teruskan dengan resipi kita. Nanti baca panjang panjang tak sempat nak memasak pula kan.

Rendang Kerang Pedas
Rendang Kerang Pedas

Bahan kisar
  • 1 mangkuk isi kerang
  • 5 biji bawang merah ros
  • 2biji bawang merah besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2inchi halia
  • 1inchi lengkuas
  • 1inchi kunyit hidup
  • 5 batang serai - ambil bahagian dalam putih sahaja
  • 10 biji cili api kampong
  • 10 tangkai cili kering - buang biji, rebus dan kisar halus
  • Santan - 1 biji kelapa
  • 3sudu makan kerisik
  • 2 keping asam
  • 3 helai daun kunyit - hiris halus


Cara cara
1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, cili api dan cili kering.
2. Panaskan minyak dalam 1/2 cawan kemudian masukan bahan kisar. Tumis sampai kering dan pecah minyak
3. Masukan santan dan biarkan merenih dengan api perlahan
4. Masukan kerisik, asam keping dan serai kemudian biar renih sampai pekat
5. Masukan isi kerang dan keringkan rendang dengan api perlahan
6. Masukan daun kunyit yang di hiris halus dan rasakan dengan garam

Siap!
, ,