Sambal Tumis Kerang

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Sambal Tumis Kerang

Hye Assalamualaikum

Korang nak tahu satu fakta tentang Malaysia tak? Malaysia sangat terkenal dengan nasi lemak. Dan kalau korang nak tahu lagi, nasi lemak di Malaysia bukan hanya di makan pada waktu pagi tetapi ianya juga di makan pada waktu malam. So jangan terkejut lah kalau rata rata penduduk Malaysia ni obesiti.

Kalau versi budak sekolah atau orang yang berjimat, nasi lemak diorang hanya ada nasi, sambal, telur yang dipotong kecik lepas tu timun atau ikan bilis. Tapi kalau versi nasi lemak mewah...segala macam boleh letak dalam nasi lemak. Pilih jelah nak apa...ada ayam goreng...telur goreng...kangkung...dan paling popular ialah sambal sotong dan sambal kerang. Nasi lemak ni yang membuatkan ia sedap bukan nasi...tapi sambal dan lauk pauk yang ada.

Satu tips dari saya...kalau anda nak melariskan penjualan nasi lemak anda, sambal nasi lemak anda serta lauk lauk untuk nasi lemak itu haruslah sedap. Nescaya ramai orang akan membeli nasi lemak anda malah mereka akan sanggup beratur panjang untuk membeli. Oleh itu hari ini saya akan kongsikan resipi sambal kerang untuk anda. Kerang ni dia dah ada rasa dia yang tersendiri. Disebabkan dia dah ada rasa tersendiri, orang biasanya akan bakar sahaja kerang ni lepas tu dah boleh makan. Oleh itu, kita harus pandai kalau mahu masak sambal kerang agar rasa sambal kerang kita tadi tidak pelik dan disukai ramai.

Saya share sikit info pasal kerang ye. Kerang mengandungi protein dan zat yang berguna bagi tubuh. Dalam daging kerang menyimpan mineral berupa zat besi, zink serta vitamin B12. Zat besi ni berguna untuk meningkatkan pengangkutan oksigen ke seluruh tubuh. Sementara mineral zink merupakan zat yang dapat merangsang metabolisme tubuh. Lendir kerang pula dapat membantu meningkatkan kadar albumin dalam darah. Daging kerang mengandungi banyak zink dengan setiap 100mg mengandungi 14.3mg zink. Berbanding dengan daging merah, setiap 100mg hanya terdapat 6.4mg zink sahaja. Kerang juga merupakan sumber asid lemak omega 3 dan mengandungi lemak tepu yang rendah.

Okay korang dah tahu kan serba sedikit pasal kerang. So sekrang kita belajar cara masak pula ye.

Sambal Tumis Kerang
Sambal Tumis Kerang

Bahan bahan:
  • 1 mangkuk isi kerang
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 5-6 ulas bawang merah
  • 3-4 ulas bawang putih
  • Gula
  • Garam
  • 1/4 keping asam keping
  • 1/2 biji bawang besar Holland


Cara cara:

1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih.
2. Panaskan minyak yang agak banyak supaya bahan tumis cepat garing. Kemudian tumis bawang seketika sebelum dimasukkan cili kisar.
3. Tumis cili kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak.
4. Setelah cili masak, masukkan gula. Kacau rata sebelum dimasukkan kerang.
5. Masukkan kerang dan masak kerang seketika sahaja. Kemudian masukkan sedikit air dan garam. Kacau sehingga sambal pecah minyak.
6. Jika suka, boleh juga masukkan bawang besar yang telah dihiris. Kacau sehingga bawang layu, bolehlah tutup api.
, , , ,