Resepi Cheff

Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Ayam Sweet Sour

Hye Assalamualaikum

Apa khabar semua? Mesti semua dalam mood cuti dan malas nak pergi kerja kan? Yelah cuti panjang sebab krismas kan. Untung betul jadi rakyat Malaysia kan. Kenapa untung? Yelah...dalam setahun banyak betul cuti. Mana tidaknya...kalau melayu raya, semua cuti...kalau cina raya, semua cuti...kalau india raya, semua cuti dan krismes pon semua dapat cuti taw. Dan yang paling best...kalau Malaysia menang sesuatu, rakyat boleh minta cuti dekat perdana menteri. Itu yang paling bagus tentang Malaysia ni. Apa pun...cuti yang banyak ni dapat meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia sebab semua perayaan disambut bersama. Itu yang menjadikan Malaysia ini istimewa. Walaupun berbilang kaum dan bangsa...tetapi masih mampu hidup bersama dan saling hormat menghormati.

Pada pandangan saya pula, cuti ini salah satu faktor yang dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan keluarga. Kenapa saya cakap begitu? Sebab...apabila cuti, para ibu bapa dapat meluangkan masa bersama anak anak mereka. Anak anak pula akan berasa seronok kerana dapat bermain...bergurau senda dan berjalan jalan bersama ibu bapa masing masing. Tak lupa juga...bagi yang bujang dan anak dara tu, waktu cuti ini lah mereka akan ambil peluang untuk ber"dating". Jadi, bagi mereka  yang sangat komited dengan kerja itu...jangan jadikan cuti sebagai medan untuk membalas segala hutang hutang tidur itu. Ambil lah peluang ini untuk meluangkan masa bersama orang tersayang.

Dan semestinya bagi para ibu, waktu cuti pastinya dapur anda akan berasap kan. Yelah nama pon cuti, mestilah ada aktiviti memasak untuk keluarga. Waktu ini lah suami akan minta anda masakkan lauk kegemaran diorang kan. Anak anak pon akan memintak lauk kegemaran masing masing. Mungkin hari biasa kita sebagai ibu yang bekerjaya tidak sempat untuk menyediakan makanan kepada anak anak dan suami. Jadi waktu cuti sajalah kita dapat masakkan untuk mereka. Air tangan isteri dan ibu dapat membawa kabahagiaan kepada suami dan anak anak taw. Jadi kepada wanita diluar saya saya nasihatkan...jangan lah malas untuk memasak apabila tiba waktu cuti.

Dan tidak ketinggalan cuti krismes yang lalu saya sempat memasak beberapa lauk kegemaran suami dan anak anak. Tidak tergambar kekegembiraan apabila melihat mereka khusyuk makan masakkan kita. Siap tambah beberapa kali lagi. Saya akan kongsikan salah satu lauk yang kegemaran keluarga saya iaitu...ayam sweet sour. Lauk ini kalau dimakan bersama nasi putih pun sudah cukup lengkap. Tetapi kalau nak tambah lauk lain pon boleh juga. Kepada mereka yang masih bujang itu...lauk ini sangat menjimatkan untuk anda. Selamat mencuba.

Ayam Sweet Sour
Ayam Sweet Sour

Bahan-bahan:

2 sudu minyak
Dada ayam tanpa tulang
4 sudu tepung jagung, dicampur dengan 4 sudu air, satu sudu tepung penaik dan 1/2 sudu minyak masak
Telur
Lada hitam
Tepung gandum
1/2 cawan tomato paste
1/2 cawan jem raspberry
3 sudu besar gula perang
Sesudu cuka
1 / 4 cawan stock ayam
1 / 2 cawan cili holland hijau
1/ 2 cawan cili holland merah
1/ 2 cawan cili holland kuning
1/ 2 cawan bawang holland
1/2 cawan nenas atau 1/2 cawan nenas dalam tin, bersama 1/2 cawan air jus

Cara cara memasak :

1. Hiris dada ayam supaya menjadi kecil, kemudian gaul bersama garam dan lada hitam
2.  Panaskan minyak ke dalam kuali.
3. Celupkan ayam kedalam telur dan tepung gandum kemudian goreng sehingga keperangan. Goreng kesemua ayam dan ketepikan.
4. Masukkan sedikit minyak kedalam kuali, kemudian  masukkan paste tomato, jem, gula perang, cuka, garam dan stock ayam, kacau hingga mendidih dan sedikit pekat.
5. Masukkan kesemua cili, nenas dan bawang dan masak selama 1 minit.
6. Masukkan campuran tepung jagung dan air kepekatan dan kacau hingga mendidih lagi.
7. Masukkan ayam dan gaul sehingga rata..SIAP!

Solok Lada

Hye Assalamualaikum

Selamat berkerja ye kepada mereka yang makan gaji tu. Kerja dengan ikhlas ye jangan asik kutuk bos. Kalau kantoi nanti boleh kena potong gaji. Hahaha. Kepada suri rumah tu, berlambak juga rasanya kerja yang pelu disiapkan sebelum suami balik kan...so cepat cepat siapkan ye. Biasalah kalau baru baru naik cuti ni...pasti ada banyak perkara yang hendak diborakkan bersama rakan sekerja. Kalau bukan pasal suami...mesti pasal kerenah anak anak. Dan tidak ketinggalan ...kawan saya juga ada bercerita tentang kerenah anak anak mereka. Kadang kadang ada yang sedih, kadang kadang ada yang gembira. Saya sebagai kawan hanya mampu berkongsi telinga untuk mereka bercerita. Kalau ada yang lawak...kita tumpang gelak. Kalau ada yang sedih...kita pon tumpang sedih.

Salah seorang kawan saya ni berceritakan tentang kerenah anaknya. Disebabkan cuti sekolah yang panjang dan dia sibuk bekerja...jadi dia pun menghantar lah anaknya ke kampung. Selain dapat meluangkan masa bersama atuk dan nenek...ada juga lah orang yang hendak menjaga anaknya. Kalau dirumah...semua pergi bekerja dan tiada siapa hendak menjaga anak dia. Anaknya berada di kampung kira kira 3 minggu.

Cuti krismes yang lalu...kawan saya ni pun balik lah ke kampung halamannya di kelantan. Selain mengambil anak nya pulang...dia juga menziarahi orang tuanya. Lagi pun sesi persekolahan sudah hendak bermula. Dalam perjalanan pulang ke ibu kota dari kelantan...banyak lah perkara yang dikongsi oleh anaknya. Anak dia menceritakan aktiviti yang dilakukan di kampung...kawan kawan yang ada di kampung...dan macam macam lagi. Anak dia menceritakan pengalaman pergi masjid naik basikal bersama atuknya....kejar ayam dan sembelih ayam dan beberapa aktiviti lagi yang tidak dapat dilakukan di rumah sendiri. Tapi yang paling kawan saya terkejut...anaknya meminta dia memasak solok lada. Kata anaknya...sepanjang di berada di kampung...neneknya selalu memasak solok lada ni dan dia suka. Kawan saya ni pulak...dah lama tidak memasak masakan tradisi kampungnya. Dan dia pon tidak pernah belajar apa apa resipi daripada emaknya. Itu yang membuatkan dia terkejut. Tapi disebabkan anak kesayangan dia sudah request...terpaksa lah dia tunaikan. Dia pon menelifon ibu nya dikampung dan meminta resipi solok lada ibunya.

Setelah mengikut semua langkah yang diberikan ibunya...akhirnya solok lada versi kawan saya pon menjadi. Dia tak sangka makanan itu menjadi makanan kegemaran anak dia. Dia pon ada share kan resipi solok lada ibunya kepada saya. Jom sama sama kita cuba ye. Kata dia...solok lada ini sedap dimakan dengan nasi kerabu. Tapi kalau dimakan bersama nasi biasa pon sedap juga.

Solok Lada
Solok Lada

Bahan bahan :
5 ekor ikan sardin-direbus
14biji lada hijau-buang bijinye
I biji kelapa muda-diparut
Santan
Sedikit lada hitam
4 ulas bwg merah
Garam
Gula

Cara membuat :
1. Lada hijau dicuci,dibelah & buang bijinyer
2. Tumbuk lada hitam,garam,gula,bwg merah,isi ikan yg telah direbus dan kelapa muda yg diparut
3. Masukkn isi ikan yg siap ditumbuk  tadi kedalam lada yg sudah dibersihkan
4. Pastikan isi kelapa tu padat & kemas utk hasil yg  cantik yerr..
5. Last sekali susun lada tu dlm periuk...tuangkn santan td bersama lada..rebus dlm 15min..
Siap...

Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi

Hye Assalamualaikum

Apa khabar semua? Kalau drama ada drama bersiri apa kata saya buat resipi bersiri pulak ye. Kenapa saya kata macam tu? Sebab saya nak share kan resipi makanan bercengkerang lagi. Cuma kali ni bukan kerang. Kita buat siput sedut pulak. Kita dah ada kerang masak sambal dan kerang rendang...so kita teruskan dengan siput sedut masak lemak cili api.

Siput sedut juga dikenali sebagai ‘Cerithedia Obtusa‘ sebagai nama saintifiknya. ‘Cerithedia Obtusa‘ adalah sejenis hidupan dari keluarga ‘Cerithedia’ yang manjadi makanan bagi orang-orang Asia Tenggara sejak turun-temurun lagi.
Siput ini boleh didapati dikawasan hutan bakau secara semuajadinya. Siput ini juga bergantung kepada air pasang surut diantara air tawar dari daratan dan air masin dari laut yang bersih dan tidak tercemar. Dahulunya, siput sedut ini hanya dikutip oleh manusia sebagai aktiviti sampingan tetapi kini, aktiviti mengutip dan menternak siput sedut ini telah menjadi salah satu aktiviti perniagaan yang boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan.

Kebiasaanya, siput sedut ini bersaiz 2 cm hingga 5 cm panjang  dan mempunyai cengkerang yang berbentuk ‘spiral’ dan tajam dihujungnya..dan biasanya, siput sedut yang terdapat di Malaysia ini berwarna coklat berbelang kuning atau hitam berjalur-jalur mengikut kualiti lumpur dan air yang terdapat di hutan bakau tersebut.

Siput sedut mempunyai cengkerang yang keras dan cengkerang ini perlu dipotong atau dipecahkan hujungnya bagi tujuan menghasilkan ruang udara agar memudahkan pemakan untuk menyedut keluar isi siput ini. Nampak macam complicated sangat kan cara nak makan siput sedut ni. Tapi percaya lah...rasanya sangat sedap. Berbaloi dengan usaha keras korang. Okay lah korang dah tahu kan serba sikit pasal siput ni. So lepas ni kalau anak anak tanya dah boleh cerita dah. Jom kita terus dengan resipi kita.

Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi
Siput Sedut

Bahan-bahan diperlukan:
800gm/ sekilo siput sedut (basuh dan buang hujungnya)
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawah putih *
1 inci kunyit *
5 biji cili padi (ikut suka) *
1 mangkuk santan
1 kiub pati ikan bilis
1 keping asam gelugor
1 batang serai diketuk
sehelai daun kunyit (hiris nipis)
garam secukupnya
Cara menyediakan dan memasak:
1. Masukkan siput yang sudah dibersihkan & dibuang hujungnya ke dlm periuk dan tuangkan santan.
2. Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih, kunyit dan cili padi kemudian masukkan ke dlm periuk tadi.
3. Masukkan juga kiub ikan bilis & serai. Kemudian masak dengan menggunakan api sederhana supaya santan tidak pecah minyak.
4. Sentiasa kacau perlahan supaya santan tidak berketul. Setelah hampir 5 minit masukkan asam keping & perasakan kuah garam secukupnya.
5. Masak lagi selama 2 minit kemudian tutup api & taburkan daun kunyit. Sedia utk dihidang.

Sambal Tumis Kerang

Hye Assalamualaikum

Korang nak tahu satu fakta tentang Malaysia tak? Malaysia sangat terkenal dengan nasi lemak. Dan kalau korang nak tahu lagi, nasi lemak di Malaysia bukan hanya di makan pada waktu pagi tetapi ianya juga di makan pada waktu malam. So jangan terkejut lah kalau rata rata penduduk Malaysia ni obesiti.

Kalau versi budak sekolah atau orang yang berjimat, nasi lemak diorang hanya ada nasi, sambal, telur yang dipotong kecik lepas tu timun atau ikan bilis. Tapi kalau versi nasi lemak mewah...segala macam boleh letak dalam nasi lemak. Pilih jelah nak apa...ada ayam goreng...telur goreng...kangkung...dan paling popular ialah sambal sotong dan sambal kerang. Nasi lemak ni yang membuatkan ia sedap bukan nasi...tapi sambal dan lauk pauk yang ada.

Satu tips dari saya...kalau anda nak melariskan penjualan nasi lemak anda, sambal nasi lemak anda serta lauk lauk untuk nasi lemak itu haruslah sedap. Nescaya ramai orang akan membeli nasi lemak anda malah mereka akan sanggup beratur panjang untuk membeli. Oleh itu hari ini saya akan kongsikan resipi sambal kerang untuk anda. Kerang ni dia dah ada rasa dia yang tersendiri. Disebabkan dia dah ada rasa tersendiri, orang biasanya akan bakar sahaja kerang ni lepas tu dah boleh makan. Oleh itu, kita harus pandai kalau mahu masak sambal kerang agar rasa sambal kerang kita tadi tidak pelik dan disukai ramai.

Saya share sikit info pasal kerang ye. Kerang mengandungi protein dan zat yang berguna bagi tubuh. Dalam daging kerang menyimpan mineral berupa zat besi, zink serta vitamin B12. Zat besi ni berguna untuk meningkatkan pengangkutan oksigen ke seluruh tubuh. Sementara mineral zink merupakan zat yang dapat merangsang metabolisme tubuh. Lendir kerang pula dapat membantu meningkatkan kadar albumin dalam darah. Daging kerang mengandungi banyak zink dengan setiap 100mg mengandungi 14.3mg zink. Berbanding dengan daging merah, setiap 100mg hanya terdapat 6.4mg zink sahaja. Kerang juga merupakan sumber asid lemak omega 3 dan mengandungi lemak tepu yang rendah.

Okay korang dah tahu kan serba sedikit pasal kerang. So sekrang kita belajar cara masak pula ye.

Sambal Tumis Kerang
Sambal Tumis Kerang

Bahan bahan:
1 mangkuk isi kerang
2 sudu besar cili kisar
5-6 ulas bawang merah
3-4 ulas bawang putih
Gula
Garam
1/4 keping asam keping
1/2 biji bawang besar Holland

Cara cara:

1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih.
2. Panaskan minyak yang agak banyak supaya bahan tumis cepat garing. Kemudian tumis bawang seketika sebelum dimasukkan cili kisar.
3. Tumis cili kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak.
4. Setelah cili masak, masukkan gula. Kacau rata sebelum dimasukkan kerang.
5. Masukkan kerang dan masak kerang seketika sahaja. Kemudian masukkan sedikit air dan garam. Kacau sehingga sambal pecah minyak.
6. Jika suka, boleh juga masukkan bawang besar yang telah dihiris. Kacau sehingga bawang layu, bolehlah tutup api.

Rendang Kerang Pedas

Hye Asaalamualaikum

Macam mana hari hari korang? Best ke tak best? Hope semuanya berjalan dengan lancar ye. Kalau ada masalah tu selesaikan lah baik baik. Kalau tengah bahagia tu...kekalkan lah. Okay lah kita teruskan dengan resipi kita ye. Kalau yang lepas kita dah masak sambal tumis kerang, kita teruskan lagi dengan edisi kerang ye. Kali ini kita akan mencuba rendang kerang pulak.

Sebelum kita teruskan dengan resipi kita cerita sikit pasal kerang ye. Biasanya kalau kita masak rendang kerang...kita akan buang cengkerang dia. Kita akan masak isi kerang tu sahaja. Ada tips taw kalau nak masak isi kerang sahaja. Nak tahu ke? Okay tips dia ialah...Andai kita nak ambil isi kerang tu sahaja, kalau boleh kerang tu jangan direbus. Nanti ia menjadi terlalu masak dan tak sedap. Sebaliknya selepas dibasuh bersih, terus masukkan ke dalam kuali. Tanpa air. Nyalakan api dan tutup kuali tadi. Selepas beberapa minit, buka penutup dan kacau rata. Setelah kerang mula terbuka, bolehlah padamkan api dan sedia untuk dikopek isinya. Kalau boleh, jangan beli isi kerang yang telah dikopek. Kita tak tahu kebersihannya. Ada ketika, ianya berbau hanyir. Amalkan lah tips ni inshaAllah makan anda menjadi lebih sedap.

Lagi satu, korang tahu tak yang kerang ni bagus untuk perempuan mengandung? Ha....jangan terkejut. Ini fakta taw. Biasanya ibu mengandung ni dia akan hadapi masalah kurang darah. So...kerang ni boleh jadi salah satu penyelesaian. Kerang dapat menstabilkan balik masalah kurang darah kepada ibu mengandung. Kepada ibu ibu yang mengandung tu, boleh lah rajin rajin makan kerang. Tapi korang kena pastikan kerang itu bersih dan daripada sumber air yang tidak tercemar. Sebabnya, kerang yang kotor dan daripada sumber air yang tercemar boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kandungan.

Orite sampai sini je kita berceloteh ye. Kita teruskan dengan resipi kita. Nanti baca panjang panjang tak sempat nak memasak pula kan.

Rendang Kerang Pedas
Rendang Kerang Pedas

Bahan kisar
1 mangkuk isi kerang
5 biji bawang merah ros
2biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
2inchi halia
1inchi lengkuas
1inchi kunyit hidup
5 batang serai - ambil bahagian dalam putih sahaja
10 biji cili api kampong
10 tangkai cili kering - buang biji, rebus dan kisar halus
Santan - 1 biji kelapa
3sudu makan kerisik
2 keping asam
3 helai daun kunyit - hiris halus

Cara cara
1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, cili api dan cili kering.
2. Panaskan minyak dalam 1/2 cawan kemudian masukan bahan kisar. Tumis sampai kering dan pecah minyak
3. Masukan santan dan biarkan merenih dengan api perlahan
4. Masukan kerisik, asam keping dan serai kemudian biar renih sampai pekat
5. Masukan isi kerang dan keringkan rendang dengan api perlahan
6. Masukan daun kunyit yang di hiris halus dan rasakan dengan garam

Siap!

Resipi Sup Sayur

Hye Assalamualaikum

Alhamdulillah selesai saya kongsi kan 3 resipi sup yang sedap untuk korang. Dan kali ini pon saya akan share kan lagi resipi sup yang menarik untuk anda cuba. Bagus makan makanan yang berasakan sup ni. Sebab nya ialah penggunaan minyak dalam masakan sup adalah sedikit. Boleh la kita diet sikit tanpa meninggalkan makanan makanan kegemaran korang tu.

Hari ini saya akan kongsikan resipi sup sayur saya ye. Tapi biasalah bila cakap pasal sayur je semua tak berminat. Bila cakap pasal sayur je semua orang akan membayangkan sayur tu pahit...batang sayur tu keras...dan macam macam lagi. Tapi sebenarnya benda yang korang tak suka ni lah yang banyak memberi khasiat dan sangat baik untuk kesihatan korang.

 Antara manfaat sayur sayuran yang korang kadang kadang tak tahu ialah ia boleh membantu dalam proses menurunkan berat badan, mencantikkan kulit, membina dan memperbaiki tulang, menguatkan sistem imunisasi badan, menangani masalah kesihatan, mengurangkan risiko penyakit berbahaya, kaya dengan sumber protein, dan paling penting baik untuk kanak kanak.

Cuma kadang kadang kita yang tak berapa pandai masak ni tersilap dalam memilih cara masakan sayur sayur tu. Itu yang membuatkan rasa sayuran itu tak berapa sedap sekaligus membuatkan ramai yang tidak suka dengan segala jenis masakan berasaskan sayuran. Kalau boleh tambahkan serbuk perasa lebih sikit andai sayuran itu terlampau pahit atau tawar. Sayuran yang keras atau bahagian batang sayuran yang keras perlulah dimasak lama sikit agar lebih lembut. Kalau kena dengan cara masaknya...inshaallah semua akan suka dengan masakan sayuran yang kita buat. Untuk hari ni seperti yang saya dah bagitahu tadi, kita akan memasak sup sayur.

Resipi Sup Sayur
Sup Sayur

Bahan-bahan :
2 pokok sawi
1/2 batang lobak merah
1 paket kecil cendawan tiram kelabu
1/2 kuntum bunga kobis
2 pokok daun sup
1 biji tomato
1 paket kek ikan
2 biji bawang  merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5 biji cili api
1/2 sudu teh lada hitam
1 ketul kiub ayam
Sepeket sup bunjut
Secebis asam keping
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya

Cara-cara:
1. Sayuran dipotong-potong. Daun sup di asingkan daun dan batangnya dan dipotong. Tomato dipotong baji 6 bahagian.  Kek ikan juga di potong kecil. Bawang putih dan bawang merah ditumbuk lumat. Halia dan cili api di ketuk pecah sedikit.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk lumat. Bila bahan tumbuk dah kekuningan dan berbau wangi masukkan air. Tunggu mendidih sedikit, masukkan halia dan cili api yang diketuk. Masukkan juga sup bunjut,  kiub ayam, serbuk lada hitam dan asam keping
3. Selepas itu masukkan kek ikan. Tunggu hingga mendidih. Bila mendidih, masukkan sayuran kecuali daun sup dan tomato. Batang sup dimasukkan sekali yer. Pada masa ni sesuaikan berapa banyak air yang diperlukan. Kalau rasa tak cukup air, boleh tambah.
4. Seterusnya perasakan dengan garam dan gula. Dah cukup rasa.... boleh masukkan tomato. Tunggu sebentar sehingga tomato ada tanda-tanda nak terkopek kulit luarnya, Bolehlah tutup api. Lepas tu taburkan daun sup kedalam.

Resipi Sup Ikan Merah

Hye Assalamualaikum

Seperti yang sedia maklum...Malaysia sejuk!!! Jarang jarang berlaku kan. Seronok juga bila berlaku. Terasa macam di negara eropah la pula kan. Udara sejuk dan nyaman je kan. Tapi problem nya nak bangun tidur susah. Dan kalau kat tempat kerja...mata layu je. Macam ada benda bergayut kat mata suruh tutup. Kalau boss nampak boleh kena marah. Bahaya. Nasihat saya...cari lah sesuatu yang dapat menyegarkan badan dan minda korang. Jangan lena dibuai mimpi sudah lah.

Saya ada tips ye dalam kedaan sejuk ni untuk menyegarkan badan dan minda korang. Dan semestinya mestilah tips dari segi makanan. Saya kan rajin makan...masak...dan tulis resipi so tips yang datang dari saya pon berkaitan makanan lah. Hehe tapi makanan ni penting tau. Tubuh yang sihat datang dari pemakanan yang sihat. Cewah!!! Ada macam doktor pemakanan tak? Apa tips nya? Senang je...cari lah sup sup semasa rehat pagi tu. Sedikit sebanyak dapat meningkatkan kesegaran dan tenaga korang. Tak ada lah lemau je panjang hari.

Cuba korang imagine sikit...pagi yang lemah lesu tu...tiba tiba datang semangkuk sup. Dengan warna yang cantik dan bau yang menyelerakan pastinya korang excited nak makan kan. Lepas tu sebelum korang hirup sup tu....korang ambik bau dulu. Bau sup yang sedap tu masuk ke hidung kemudian terus ke otak korang. Confirm terus segar bugar dan hilang mengantuk. Then korang hirup sup yang panas tu...terus menyegarkan badan korang. Daripada suasana yang sejuk...terus badan korang berasa hangat je. Selesa untuk bergerak ke sana ke mari. Lepas tu...lepas tu...lepas tu apa lagi...korang ambil roti then cicah la dengan sup tu dan makan sampai kenyang. Hehehe

Tapi kadang kadang susah juga nak cari sup pagi pagi ni kan. Jarang ada sebab selalu sup ni popular waktu malam je. Apa kata korang buat je kat rumah...then bawa pergi ofis. Boleh masuk dalam microwave kan untuk panaskan. Sedap pon sedap...jimat pon jimat. Janji kita rajin. Lagi pon bukan susah sangat...resipi saya bagi...korang tinggal follow je. InshaAllah sedap. So disini saya kongsikan resipi sup ikan merah. Kenapa ikan? Sebab ikan ni tak lah "heavy" sangat untuk dimakan pagi pagi. Dan lebih mudah sikit untuk disediakan berbanding dengan sup lain.

Resipi Sup Ikan Merah.
Resipi Sup Ikan Merah

Bahan bahan:
1 ekor Ikan Merah
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 inci halia - hiris kasar
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji ubi kentang
1 batang karot - hiris nipis
1 sudu lada hitam - tumbuk kasar
1-2 sudu kecil MAGGI Cukup Rasa
Garam
Daun sup / daun bawang
Bawang goreng

Cara cara:
1. Panaskan minyak dan tumis halia, bawang merah, bawang putih yang dihiris bersama kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.
2. Masukkan air secukupnya. Masukkan ubi kentang dan karot dan masak sehingga hampir lembut.
3. Kemudian masukkan ikan, garam, lada hitam dan serbuk MAGGI Cukup Rasa.
4. Setelah kentang empuk, taburkan daun bawang dan tutup api. Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng.

Selamat mencuba.

Ikan Bilis Petai Cili Api

Hye Assalamualaikum

Hye guys!!! Ceria la sikit. Sebelum nak memasak tu make sure muka tu berseri seri ye baru lauk yang kita masak tu bertambah sedap. Cuma kalau terasa nak masak sambal tu lagi bagus masa tengah marah. Mesti sambal tu menjadi.

Eh, korang pernah tak terasa macam nak makan benda yang simple simple je? Tekak tu rasa macam jemu je nak makan kari kepala ikan lah...sup gearbox lah...mee bandung lah dan macam macam lagi lah yang kalau nak masak tu step dia complicated sangat. Bukan malas nak memasak tapi korang just terasa nak makan nasi dengan telur lepas tu letak kicap. Pernah tak korang rasa? Kalau pernah maknanya kita geng!

Kadang kadang kalau dah selalu sangat makan lauk lauk yang complicated cara nak buatnye tu, kita jadi takut jugak. Yelah biasanya lauk lauk macam asam pedas...kari kepala ikan...sup gearbox...semua ni menggunakan minyak dalam kuantiti yang banyak. Kang tak pepasal nanti dapat darah tinggi ke kencing manis ke sakit jantung...ala sakit yang selalu orang tua dapat tu. Kitani bila dah semakin berumur makanan pon kena la jaga.

Itu yang kadang kadang datang keinginan nak makan nasi dengan ikan goreng je...tak pun nasi dengan telur goreng je tak pun nasi dengan sayur campur. Bukan nak kata makanan tu semua sihat...cuma kuantiti minyak nya tidak lah banyak sangat. Kenapa saya cakap semua ni? Of course lah sebab hari ni saya nak share makanan yang simple dan bahan yang digunakan pon tidak banyak. Selain menjimatkan...dapat juga kita menjaga kesihatan. Apa makanan itu? Jawapannya ialah...ikan bilis petai cili api. Memang sedap dimakan dengan nasi. Kalau terasa malas nak makan dengan nasi...ratah macam tu je pun dah sedap. Dengan rasa cili api yang pedas pedas tu...mesti makan tak pandang kiri kanan. Lagi pedas lagi kita nak makan.  Jom kita sama sama mencuba resipi ini. Semoga berjaya ye...


Ikan Bilis Petai Cili Api
 Ikan Bilis Petai Cili Api

Bahan bahan:
1 mangkuk ikan bilis
Bawang Putih (Hiris)
Bawang Holand (Hiris)
Petai (Belah dua)
Cili Api (Hiris)
Garam
Gula

Cara cara:
1. Goreng ikan bilis sehingga garing ke udian ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holand. Kemudian masukkan petai, garam, gula dan cili api.
3. Apabila semua bahan tadi dah sedikit layu,  masukkan ikan bilis yang dah di goreng garing tadi.  Kacau sampai sekata.

Siappppp!

Resepi Sup Tulang

Hye Assalamualaikum

Jumpa lagi kita ye dalam blog ini. Siapa yang tengah baca sekarang ni...saya nak ucapkan banyak banyak terima kasih kepada korang. Dan korang merupakan spesies yang sangat terbaik. Mana tidaknya, orang lain kalau nak cari resipi terus sahaja kepada resipi. Tak ada pon nak baca baca benda lain. Tapi korang sanggup baca. Terima kasih banyak banyak ye. Love you guys. Blog resipi ni pon tidak kurang pelik nya. Orang lain bagi terus resipi, tapi saya siap berceloteh dulu baru boleh bagi resipi. Lumrah lah kalau suri rumah. Banyak luahan perasaan. Kalau luahkan kat kucing...orang kata gila pulak nanti.

Eh korang, korang pernah tak teman husband korang pergi sembelih lembu? Especially masa hari raya korban? Tak pun kalau keluarga korang ada buat korban. Kalau ada bagus. Kalau tak ada cuba lah join. Seronok sangat. Ni saya nak bercerita tentang sembelih lembu tapi dalam masa yang sama ia berkaitan dengan resipi kita hari ini. Bukannya apa, saya teringat tentang aktiviti sembelih lembu semasa hari raya korban. Saya berkesempatan join satu tempat ni buat korban. Ramai orang yang datang membantu. Yelah kalau tak ramai bula nak siap sedangkan banyak lembu yang hendak dikorbankan.

Biasanya orang lelaki akan sembelih dan melapah. Dan kaum perempuan akan potong kecil kecil bahagian daging itu dan timbang untuk di agihkan kepada yang memerlukan.     
Dan saya ni jarang join aktiviti ni. Agak excited la juga. So saya dapat la tahu proses orang buat korban dari mula hingga lah selesai. Tapi Pada awal awal program tu...ada perkara yang menjadi persoalan besar untuk saya. Selalu saya ke kedai jual daging ada banyak daging jelah. Tak ada pulak banyak tulang. Hari tu masa aktiviti tu di jalankan...saya tengok ada banyak tulang tulang lembu. Yang biasa dimakan mestilah dagingnya kan. Habis tu tulang tulang tu takkan dibuang? Itu lah yang menjadi persoalan. Dan akhirnya persoalan saya terjawab juga apabila ada satu kumpulan makcik makcik ni datang bersama periuk besar siap dengan dapur memasak sekali. Bahan bahan memasak seperti daun sup, bawang, kentang dan rempah ratus pon ada dibawa juga. Rupa rupanya, kat tempat tu....lembu yang dikorbankan dagingnya dimbang dan diagihkan sama banyak kepada yang memerlukan. Manakala tulang tulang lembu itu di masak sup dan dijamu kepada semua yang terlibat dalam aktiviti korban itu. Bayangkan lah dah penat penat melapah lembu...dijamu dengan sup tulang bersama roti. Hilang semua rasa penat.

Semasa semua tengah sibuk melapah dan mengagihkan daging itu, makcik makcik tadi pon dah mula memasak sebab sudah ada tulang tulang lembu yang tersedia. Saya pun terus bertukar tempat dan join group makcik makcik memasak ni. Sebab bau sup yang mereka sedang masak tu sangat menyelerakan. Saya tidak lepaskan peluang untuk bertanya tanya tentang resipi mereka. Biasalah air tangan orang yang lebih tua ni boleh tahan hebatnya. Kat sini saya kongsikan resipi sup tulang resipi daripada makcik makcik yang saya borak masa tu ye.

Resepi Sup Tulang
Resepi Sup Tulang

Bahan bahan:
1 kg tulang lembu (rebus dahulu hingga empuk)
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 labu bawang besar (dihiris)
1 peket kecil rempah sup - anggaran 2 sudu besar
Air rebusan tulang secukupnya
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
2 biji kentang (dipotong dadu)
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa
1 biji tomato (dipotong dadu)
1 batang celery (dihiris)
Daun sup dan daun bawang (dihiris)
3-4 biji cili padi (dihiris)
Bawang goreng

Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 batang lobak merah
1 batang celery
1 batang leek

Cara cara:
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan. Kemudian kisar pula karot, batang celery dan leek. Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu ditumis nanti.
2. Panaskan minyak sapidan minyak masak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris hingga naik bau.
3. Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus. Tumis lagi hingga garing.
4. Kemudian masukkan rempah sup dan tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
5. Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih.
6. Biarkan sehingga daging empuk. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
7. Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil. Bila kentang hampir empuk, masukkan juga daun sup, batang celery, cili padi dan bawang goreng.

Selamat mencuba.

Resipi Sup Ayam

Hye Assalamualaikum

Apa khabar semua? Cuti hari tu korang buat apa? Kalau dapat pergi jalan jalan mesti best kan. Tapi tu lah...asik hujan je buat masa ni so mood nak keluar berjalan jalan tu tak ada. Mood yang ada hanyalah duduk depan tv tengok movie yang ada. Lepas tu sambil makan segala macam makanan yang ada kat rumah. Memang satu aktiviti yang menggemokkan betul. Tapi asik tengok tv je bosan jugak.mbukan semua cerita best best. So apa lagi...saya pon buat operasi mengemas dapur la.

Korang tahu tak mengemas dapur ni memang penting bagi semua rumah yang ada dapur. Tapi kadang kadang ada orang yang tak faham maksud kemas dapur ni. Yang mereka faham kemas dapur ialah sapu sampah sampah dan habuk yang ada atas lantai lepas tu basuh dan susun pinggan. Sebenarnya kemas dapur ni lebih dari itu. So saya mulakan dengan membersihkan peti ais. Penting peti ais ni kat rumah. Kalau tak ada macam mana la kita nak simpan makanan kita. Cepat rosak la kalau biar atas meja je. So kena lah bersihkan...freezer tu kena la buang ais yang melekat di tepi tepinya...then cek la fridge kita tu...kalau ada makanan yang dah terlalu lama atau rasa macam dah tak perlu...buang sahaja. Kadang kadang disebabkan kita tak bersihkan fridge kita...kita tak perasan rupanya ada makanan yang dah rosak sebab lama sangat tersimpan dan kita tak perasan.

Lepas tu kita bersihkan pinggan mangkuk kita yang tersimpan dalam almari tu. Kadang kadang ada lipas dalam almari tu. Kena lah bersihkan lepas tu letak ubat halang lipas. Mana pinggan mangkuk kita yang dah rosak tu kita tukar lah dengan yang baru. Kalau asik disimpan je tiada guna jugakkan.

Selepas tu kita bergerak ke almari makanan kering kita serta tempat simpan segala macam bawang, halia, cili dan macam macam lagi lah. Kadang kadang ada makanan kering kita yang dah tamat tarikh luput. Kena lah diperiksa dan dibuang. Takut kita tak perasan dan terguna...tak pasal pasal sakit perut pulak keluarga kita nanti. Untuk bawang, halia, cili dan segala bagai tu kita periksa lah. Mungkin ada yang dah rosak sebab kita tak pakai. Kalau tak dibuang...itu yang boleh mendatangkan lipas dalam rumah tu. Dan paling penting bila kita kemas dapur...secara tak langsung kita dapat periksa apa keperluan dapur yang dah habis.

So masa saya tengah kemas peti ais tu, baru saya perasan ada ayam yang dah lama sangat duduk terperuk di dalam peti ais tu. Sebab terlindung dengan bahan bahan lain...jadi saya tak perasan. Ayam tu dah keras macam batu dah. Nak dibuang tapi masih boleh dimasak dan rasa membazir pulak. Duduk la termenung lima minit memikirkan nasib ayam tu. Dan akhirnya...keluar lah idea nak buat sup ayam. Sesuai sangat dengan ayam yang dah keras kamatu tu. Rasa rempH ratus yang kuat dari supmtu dapat lah di balance kan dengan rasa ayam yang dah tak berapa segar tu. Saya share kan resipi sup ayam saya.

Resipi Sup Ayam.

Bahan-bahan
500 gm ayam di potong kecil-kecil
1/2 batang lobak merah di potong 1 inc
2 biji kentang (di potong baji)
1 biji tomato (belah 4)
daun sup dan daun bawang (di cincang halus)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji pelaga
Serbuk perasa maggi

Bahan kisar
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 biji buah keras
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar lada hitam

Cara masak :

1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan semua bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak
2. Kemudian masukkan ayam dan tunggu sekejap.
3. Masukkan air anggaran 3 cawan dan biarkan merenih
4. Bila sup sudah mula mendidih, masukkan lobak merah dan kentang,  masak hingga empuk
5. Kemudian masukkan tomato dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa maggi.
6. Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang bila hendak dihidang.