June 2013
Bahan-bahan:
250gm mentega
100gm gula kaster
50gm nestum - dikisar halus
100gm tepung jagung
200gm tepung gandum
Kacang badam secukupnya - digoreng
1 sudu kecil esen vanilla
Almond nib secukupnya sbg hiasan.
Coklat masakan
Papercup
Cara-cara membuat Biskut Almond London :
Kacau mentega dan gula hingga sebati.
Masukkan nestum dan kacau sekadar adunan sebati
Masukkan tepung jagung serta esen vanila dan gaul lagi hingga sebati
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut
Biarkan dalam 20 minit dengan ditudung kain yang lembap
Ambil sedikit doh dan isi badam dan bentukkan supaya menjadi bujur
Bakar pada suhu 170 selama 20 - 25 minit
Untuk salutan coklat:
Cairkan coklat masakan dan masukkan kedalam mangkuk.
Celupkan biskut ke dalam coklat masakkan kemudian letak di dalam papercup.
Tabur almond nib diatasnya untuk hiasan.
Biarkan sehingga coklat beku sebelum disimpan dalam tabing.
Biskut Almond London
,
Biskut Raya
,
Resepi Biskut Almond London
Kuih Lompang
Kuih yang tak lapuk di telan zaman oleh
kerana rasa yang unik dan tersangat enak jika kena pada buatan nya.
Resipi Kak Hanieliza ni memang terbaik... Along sangat puas hati,
seperti yg di idamkan, kuih lompang mesti berlubang di tengah dan
tekstur nya lebih lembut di tengah nya seolah2 puding. Manis nya juga
sedang2 dan sesuai dgn selera Along. Terima-kasih ya KakLiza.
Resipi ditaip semula utk mudah rujuk & Along separuhkan dari resipi asal
Bilangan: 2 dozen
BAHAN2:
1/4 cwn Gula Pasir*
1/4 cwn Gula Merah*
1 helai Daun Pandan*
2 cwn Air* (* Masak sehingga gula hancur untuk jadikan sirap & sejukkan)
1 cwn Tepung Beras
1/4 st Air Kapur
Kelapa Muda Parut
CARA2:
Campurkan tepung, air kapur & sirap gula sehingga sebati. Tapis.
Tuangkan ke dlm acuan2 kecil & kukus 20 minit.
Hidangkan dgn kelapa parut.
sumber
Kuih
,
Kuih Lompang
,
Resepi Kuih Lompang
Kerabu Mangga Sotong
Bahan-bahan :
2 biji mangga muda - diparut
2 ekor sotong- bersihkan dan rebus
2 batang cili - hijau dan merah
1 labu bawang besar - dipotong halus
5 sudu cuka
Gula dan garam secukup rasa
sedikit belacan - Jika mahu
Cara-cara penyediaan Kerabu Mangga Sotong
Gaulkan semua bahan kecuali belacan. Kemudian gaul hingga rata.
Masukkan sedikit belacan untuk menambahkan rasa
Kerabu mangga s iap untuk dihidangkan
Kerabu
,
Kerabu Mangga
,
Kerabu Mangga Sotong
,
Lauk Pauk
,
Resepi Kerabu Mangga
,
sotong
Puding Roti Cinnamon
Bahan-bahan :
4 keping roti
2 biji telur
2 1/2 sudu gula
1 sudu mentega
200ml susu segar
1 sudu kecil cinnamon powder
esen vanilla
2 sudu kismis
chocolate syrup Hershey's -optional
Cara-cara Puding Roti Cinnamon:
Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan mentega dan susu. Gaul sehingga rata.
Masukkan cinnamon powder dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
Carikkan roti dan masukkan ke dalam adunan. Biar semua roti tenggelam.
Masukkan kismis dan gaul sehingga rata.
Masukan adunan ke dalam acuan muffin yang telah dileset minyak
Panaskan oven kemudian masak sekitar 10-15 minit.
Bila sejuk, letakkan chocolate syrup Hershey's.
Kek
,
Puding
,
puding roti
,
resepi puding
,
resepi puding roti
,
Roti