Tumis bahan kisar bersama serai hingga naik bau. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 kisar dan
serai hingga wangi.Masukkan udang,santan,daun salam dan lengkuas. Masak hingga mendidih.
Bahan sayur dipotong kecil ikut citarasa sendiri. Masukkan sayur bermula yang keras dahulu hingga habis kesemuanya. Tambah air hingga semua sayur tenggelam.
Masukkan garam secukup rasa dan masak sehingga mendidih dan sayur menjadi lembut.
Siap. Hidangkan bersama lontong @ nasi himpit dan sambal tumis.
Rempah direndam dalam air panas kemudian toskan rempah tersebut. Air rendaman
turut disimpan.
Tumis bawang hingga naik bau.
Kemudian masukkan halia dan rempah yang telah direndam. kacau seketika.
Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air
lagi.Nak kuah lebih boleh tambah air lagi.
Apabila sudah menggelegak, masukkan kentang dan lobak. Bila
ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, dan lada sulah. Ubah
mengikut selera anda
Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup dan
bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap
ke dalam sup. Sedia untuk dihidang