Ayam Percik Kedah

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Ayam Percik Kedah

AYAM PERCIK KEDAH

Ayam Percik Kedah
Gambar asal: Disini



Bahan bahan

  • 1ekor ayam (dipotong)
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 inci halia (dikisar)
  • 1 sudu teh jintan manis (dikisar)
  • 1 sudu teh jintan putih (dikisar)
  • 1 sudu makan ketumbar (dikisar)
  • 2 batang serai (dikisar)
  • 3 biji buah keras(dikisar)
  • 1 liter santan
  • 1 keping asam gelugur
  • garam dan gula secukup nya untuk kuah
  • 3 sudu minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan Ayam Percik Kedah


  1. Satukan bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, serai, jintan manis, jintan putih, biji ketumbar, buah keras, dan cili kisar. Kemudian, kisarkan bahan hingga hancur.
  2. Kemudian, tumiskan bahan kisar tadi hingga pecah minyak, kemudian masukkan santan dan air
  3. Masak dan kacau hingga kuah mendidih
  4. Masukkan sedikit garam, asam gelugur dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan ayam yang telah dipotong  tadi ke dalam kuah. Masak sehingga separuh masak.
  6. Setelah ayam separuh masak keluarkan ayam dan ketepikan.
  7. Sementara itu, kuah ayam tadi dimasak hingga pekat dan diangkat.
  8. Lumurkan ayam dengan kuah yang dimasak tadi dan bakar selama 20-25 minit.
  9. Ayam Percik Siap untuk dihidangkan.

(scha)
, , , , , ,