Ayam Masak Lemak Cili Padi

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 2 kotak santan segera (asingkan ikut 1/4 pekat, yang lebih buat cair sedikit)
  • 4 biji kentang, kupas, dan belah 4 setiap 1, rendam
  • 2 helai daun kunyit dimayang halus
  • 3 batang serai, diketuk
  • 1 keping asam gelugor
  • Air 
  • Garam dan gula secukup rasa


Bahan-bahan kisar halus:
  • 27 biji cili padi 
  • 7 biji bawang merah 
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 2 inci halia
  • segengam ikan bilis halus


Cara Menyediakan Ayam Masak Lemak Cili Padi Yang Lazat

  1. Masukkan ayam, serai dan bahan kisar ke dalam periuk. Gaul rata dan masak seketika hingga ayam kecut. Masukkan kentang, masak hingga kentang empuk.
  2. Masukkan santan cair. Masukkan asam gelugor dan jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih. 
  3. Tuang pati santan (santan pekat), kacau rata dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. 
  4. Masukkan hirisan daun kunyit. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil dan kacau selalu. Dah rasa ok Tutup api.
  5. Ayam Masak Lemak Cili Padi sedia dihidang 

, , , ,