Ayam Masak Kicap

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Ayam Masak Kicap

Hye. Assalamualaikum.
Sunyi je rumah sebab semua sedang sibuk jalankan tugas masing masing. Dan tugas suri rumah macam biasa lah, duduk termenung di rumah sambil tunggu isi rumah. Tapi bosan la asik duduk je. Nak masak...pagi tadi baru buat breakfast untuk diorang. Nak masak untuk diri sendiri...masih kenyang. Apa nak buat ye?

Ting!!!. Idea dah datang. Disebabkan nak memasak tak boleh, perkara yang serupa dengan memasak ialah menulis resipi. Sama je kan...cuma memasak ada bau wangi daripada bawang putih, daun sup, daun kari and macam macam lagi. Dan menulis pulak hanya boleh imagine je macam mana gaya kita memasak tu.

Oh ya, disebabkan tengah berborak pasal memasak ni kan, ada tips menjadikan makanan bertambah sedap taw untuk mereka mereka yang rajin membaca ni. Nak tahu apa dia? Okay...tips dia ialah, memasak ni kita perlu hadirkan minat dalam diri kita. Kadang kadang kita tiada ilmu dan kepakaran yang tinggi pun dalam masakan, macam cef cef yang terkenal diluar sana. Contoh nya Dato Dr Fazley Yaacob, sudah la hensem pandai memasak pulak tu. Mesti menjadi idaman setiap wanita kan. Lelaki yang pandai memasak diluar sana...TAHNIAH!. Anda telah menambahkan bonus dalam diri anda.

Okay, berbalik kepada minat tadi, apabila kita melakukan sesuatu dengan minat, percayalah mesti kita berjaya melakukannya. Dalam skop memasak ni, apabila kita minat...masakan yang kita rasa susah pon boleh jadi senang. Step memasak yang panjang berjela tu pon kita rasa macam ringkas je. Tetapi apa yang penting...mesti lah ada minat.

Tapi macam mana nak ada minat? Senang je. Kita start la dengan memasak masakan yang kita suka. Bila kita berjaya buat hidangan yang kita suka, confirm kita akan bertambah rasa minat untuk memasak. Tidak perlu mula dengan hidangan yang susah, cukup sekadar yang ringkas dan paling penting hidangan tu ialah hidangan kegemaran kita. Disebabkan topik kita hari ni ialah hidangan kegemaran, so hari ni saya akan tuliskan resipi memasak ayam masak kicap. Ayam masak kicap memang menjadi kegemaran saya. Dari kecik sampai lah dah masuk alam veteren ni. Haha.
Orite, jom kita masak ayam masak kicap.


Ayam Masak Kicap
Ayam Masak Kicap


Bahan yang di perlukan ialah:
  • 1/2 ekor ayam - gaulkan dengan garam dan kunyit
  • 1 biji kentang - dipotong wedges
  • 4 batang serai - ketuk
  • 1 sudu besar cili kisar
  • Kicap lemak manis
  • Kicap pekat
  • Sos tiram


Bahan Tumbuk:
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia


Bahan Hiasan:
  • 1 biji bawang besar Holland - belah 6
  • 1 biji tomato - belah 6
  • 2 tangkai cili merah & hijau - belah 4
  • Cili padi


Cara cara menyediakan Ayam Masak Kicap :
Panaskan minyak kemudian gorengkan ayam dengan api yang sederhana besar sehingga ayam berwarna perang. Angkat dan asingkan.
Kemudian Goreng kentang sehingga lembut dan berwarna perang. Angkat dan asingkan

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk, cili kisar dan serai hingga wangi.
Masukkan sos tiram dan kicap lemak manis dan kicap pekat serta sedikit air. Masak dengan api perlahan sehingga hampir pekat.

Masukkan ayam yang sudah digoreng tadi. Kacau rata dan biarkan masak agak lama sehingga rasa ayam sebati dengan kuah sos.

Akhir sekali, masukkan kentang goreng, bawang besar, tomato dan cili hidup. Gaul rata. Sedia untuk dihidangkan. Tabur dengan daun bawang.

Note: Masakan ini manis manis pedas. Sesuai dipadankan dengan daun daun ulam serta sambal belacan
, ,